Tuesday, April 28, 2009
cari ayam kampung, dapat itik telur...
petang tadi selepas follow ayahanda ke bandar raub, kami menuju ke bandar benta pulak. mmg dr semalam aku dok adjust nak ajak ayahanda cari anak ayam kampung kat kedai di benta.
tapi kita hanya merancang. sampai di kedai sangkar2 banyak kosong. yg penuh sangkar puyuh dan itik telur. kata taukeh stok anak ayam kampung baru je habis, sambil tunjukkan seekor yg tinggal yg masih dalam genggaman tangannya. nampaknya kena cari ikhtiar lain la.
tiba tiba ayahanda nak beli itik pulak. sebagai gembala ternakan di teratak ayahanda aku setuju je la. lagipun setahu aku bela anak itik tak seserius bela anak ayam, tak perlu tutup2 reban, alihkan bekas air di waktu malam,pasang lampu/pelita. ayahanda pun beli seekor anak itik jantan dan dua ekor betina. x silap aku itik ni itik telur, tapi bukan itik kampung, itik peking x silap yg kaler putih tu.
sampai di rumah, terus bawa kotak ke teratak ternakan aku. lepaskan jer dalam jaring pukat yang memagari teratak tu. arnab2 semua tengok2 pendatang baru ni. anak itik ni aktif, dan bising rupanya, x mcm anak ayam. jadi seronok tgk gelagat anak itik ni.
kami cari bekas, untuk dibuat kolam , diisi dalam longkang. lagi seronok tgk anak itik main air dan mandi air.
ni beberapa rakaman yg sempat aku rakamkan...
ni pulak video dia...
1.12am-29-4-09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment