Saturday, March 17, 2012

Serati@Muscovy Remaja


beberapa ketika dahulu, saya ada membuat posting tentang anak-anak itik serati@muscovy...diam tak diam itik-itik tu dah berubah dah..dah ditumbuhi bulu2 pelepah...bulu2 lembut sudah tidak ada lagi..

jadi hari ini saya siarkan gambar-gambar "itik remaja" ayah saya ni...

banjir!! manusia tak suka tapi itik suka!!
semua itik-itik ini ada hitam kt kepala...jarang ditemui pada serati kampung...ayah saya baru perasan yang itik ni ada tanda hitam kt kepala..
"Ha..ha...ha..." itu lah yg mungkin dilafazkan oleh itik depan sekali, sebelah kanan (yang mendongak). mungkin kerana suka sangat dapat air
yang ini itik betina rasanya..dapat kenal kerana kepalanya kecil sedikit...kalau dah besar nanti dapat lihat perbezaan pada "warna merah" yang akan merebak dari pangkal pauh ke depan kepala