Tuesday, February 10, 2015

STG & Lepar 01

perkenalan dengan fairul tersang membuka ruang lebih luas untuk berserama...fairul me"recommend" kan aku untuk dimasukkan ke grup whatsap Persatuan Serama Tok Gajah (STG)

STG adalah persatuan peminat ayam serama Pahang yang berdaftar secara sah. setiap ahli yang berdaftar secara sah akan diberikan surat dan sijil keahlian. di samping mempunyai blog, fb dan whatsap sendiri, STG aktif menghantar wakil dalam pertandingan ayam serama (bon) di seluruh malaysia. dalam grup ini aku banyak belajar tentang ayam serama melalui otai otai yang dah lama terlibat dalam pemeliharaan ayam serama.
untuk maklumat lanjut ttg stg boleh layari:

salah satu manfaat yang diperolehi oleh ahli ahli STG adalah ayam-ayam berkualiti yang boleh diperolehi dengan harga istimewa. setelah masuk STG, aku berpeluang untuk memiliki pasangan ayam serama yang kedua. kali ini dengan seorang sahabat, seorang guru yang bertugas di felda lepar, mesra dengan panggilan Makley. 

ayam di hantar dari lepar menggunakan bas. bas berhenti di kuala lipis, di mana fairul kebetulan bekerja di sana. jadi fairul tolong ambil ayam terlebih dahulu, kemudian baru aku ambil ayam pada tangan fairul di lipis.

ayam yang kedua ini aku letak nama lepar01.ketika dibeli, ayam ini lebih dewasa sedikit daripada tersang yang aku beli ketika anak.

ayam peringkat awal dibeli. gambar ni ketika ayam baru lepas dimandikan dan sedang dijemur


tranformasi pertama 

tranformasi kedua
beraksi bersama mustafa, pelajar MTRS

ayam yang sudah dewasa

Lepar01 ini pun akhirnya hanya tinggal seekor apabila pasangannya turut mati seperti pasangan tersang. 

No comments:

Post a Comment