Tuesday, February 10, 2015

Serama lah pulak!

selepas dipertemukan dengan sepasang ayam kapan, pencarian serama diteruskan juga dalam keadaan dingin yang tak berapa sejuk atau suam suam kuku.. dalam situasi inilah aku dipertemukan dengan seorang sahabat bernama fairul anuar di fb..

saudara fairul ni tinggal di felda tersang, dalam daerah raub juga... tapi walaupun satu daerah, jarak antara tempat aku dan dia tidaklah dekat..beliau hendak menjual sepasang anak ayam serama.. ini bolehlah dikira sebagai pucuk dicita ulam mendatang...

pertemuan disusun untuk COD (carry and delivery). ketika itu aku masih bertugas di sebuah institusi pendidikan persendirian di Taman Shahbandar, Raub. Fairul yang kebetulan bercuti hari tu datang dari Tersang membuat penghantaran anak-anak ayam serama tersebut...

kiranya ini serama yang pertama dipelihara selepas aku meninggalkan hobi ini selepas tamat sekolah menengah..dan pengalamannya berbeza dengan dahulu, di mana ayam serama diperolehi dalam keadaan sudah dewasa..

bila dipelihara dari peringkat anak, kita dapat pengalaman menyaksikan perkembangan tumbesaran unggas ini... pelbagai bagai perasaan datang...

rasa tidak sabar untuk melihat ayam serama menjadi...

terkadang hampir putus asa tengok ayam x nampak macam serama hehehe kesedihan bila salah seekor daripada pasangan ini mati...

juga kegembiraan bila ayam mula menampakkan perubahan...

mari kita lihat tranformasi yang berlaku pada ayam serama tersebut. oleh sebab saya beli daripada sahabat yang tinggal di tersang, saya namakan ia Tersang


ini anak ayam tidak lama selepas dibeli
ayam di luar reban ini ayam serama yang saya maksudkan dalam post ini. masih tidak nampak keseramaan
tidak lama kemudian ia berubah menjadi  begini
tranformasi bahagian dada terserlah...


bahagian ekor mula lengkap..lawi sudah naik...

No comments:

Post a Comment