Friday, January 23, 2009

Anak Arnab Baru




Anak arnab baru

baka: local/mixed

warna: Putih (Dominan) & hitam

pembekal: Azri, Bangi.

terima: 22/01/09- 10pm, serdang.

Friday, January 16, 2009

Harga Arnab-lain tempat lain nilai


Harga arnab
[berdasarkan tinjauan rambang di internet)

kebelakangan ini sempat men"google" arnab untuk dijual.dari situ sempat meninjau harga harga terkini arnab di pasaran. disertakan juga harga tinjauan di beberapa kedai binatang.penulis menumpukan pada harga arnab biasa.

didapati harga arnab di sekitar KL/selangor agak tinggi, walaupun anak arnab biasa/local/tempatan ataupun disebut orang arnab kampung. agak pelik ada yang menjual arnab biasa berusia 6 bulan dengan rm80!!

harga paling rendah dicatatkan dari seorg penternak sendirian di batang berjuntai, iaitu rm28, diikuti peniaga dari subang rm30. sementara di gombak,seorang pemelihara arnab menjual anak arnab yg baru cerai susu dengan harga rm35.

tinjauan di sekitar petaling street mendapati harga paling murah di kedai kedai di sana ialah rm45, yang arnabnya kelihatan lain sikit sahaja dari arnab kampung biasa, mungkin kacukan.

dua orang penternak sendirian di Melaka, mencatatkan harga terendah, iaitu rm25 seekor, sepasang rm45.

arnab baka elit

sebuah syarikat penternakan arnab, yg ladangnya berpusat di sungai jaras,selangor memperlihatkan harga yg amat menarik. arnab2 baka import boleh anda dapati dari harga rm50 seekor hingga rm180 mengikut baka.

namun demikian, harga arnab tidak dapat melawan harga jualan arnab di tempat asal saya,di kampung, di mana penternak sendirian hanya menjual anar arnab yg baru cerai susu serendah rm6 seekor!! di bandar pula, arnab boleh dibeli dengan harga rm15-rm30, mengikut baka.

16/01/09-9.35pm

Tuesday, January 13, 2009

Asal usul Kucing di rumah anda

gambar: kucing baka tabby

Kucing merupakan antara binatang peliharaan yang paling popular, dan paling biasa dibela. Tapi anda tahu tak asal usul kucing?? Bagaimana kucing boleh tinggal bersama manusia?

Antara teori utama ialah kucing berasal daripada Kucing Hutan Afrika (African/near east Wild Cat Felis silvestris libyca). Corak pada bulu kucing ini amat menyerupai corak kucing tabby,salah satu baka kucing peliharaan yang dipelihara sekarang. Orang yang mula mula menjinakkan kucing ialah orang orang yg hidup di zaman Tamadun Mesir Purba, kira kira 2500 tahun sebelum masihi. Orang orang mesir purba bukan setakat membela kucing, tapi menyembahnya sebagai salah satu dewa mereka. Membunuh kucing merupakan kesalahan besar di kalangan masyarakat mesir purba, ia boleh membawa kepada hukuman mati. Mereka turut memumiakan kucing. Selepas Mesir, masyarakat tamadun tamadun purba lain juga mula menjinakkan kucing kucing hutan, dibawa ke Rom/Italy di mana ia kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.


kucing liar afrika












Ada teori yang mengatakan Tentera salib bertanggungjawab membawa masuk kucing kucing ini ke Negara mereka di Eropah, di mana ia kemudiannya dipercayai dikacukkan pula dengan Kucing Hutan Eropah Felis silvestris silvesteris.

Baka baka kucing yang wujud pada hari ini sebenarnya bermula dengan kacukan kucing ini dengan pelbagai kucing liar tempatan tempat ia dibawa masuk. Sebagai contoh, baka kucing berbulu panjang seperti Parsi berasal dari kacukan dengan kucing Pallas Felis manul.



gambar atas:kucing liar pallas (berbulu panjang-asal kepada baka kucing berbulu panjang sprt parsi)


gambar bawah:Kucing liar eropah (bulu biasa)



Pada tahun 2007, saintis telah menemui satu teori baru, setelah membuat ujian DNA terhadap pelbagai jenis kucing peliharaan dan liar. Teori ini mengatakan semua kucing peliharaan berasal dari satu spesis sahaja, iaitu Felis silvestris libyca. Subspesis kepada spesis ini, yang sehingga kini masih hidup liar di timur tengah, dipercayai mula mendekati manusia 10’000 -12000 tahun dahulu, bermula di kampung kampung pertanian di kawasan yang disebut Fertile Crescant- (Mesir-Syam-Mesopotamia -Syria-Cyprus). Apabila kawasan ini mengamalkan pertanian secara komersial, gudang gudang tempat menyimpan hasilnya mula dibina. Ini menarik kedatangan rodensia seperti tikus, yang kemudiannya menarik perhatian kucing liar yang datang untuk memburunya. Lama kelamaan sebahagian dari kucing kucing liar ini menghilangkan tabiat agresif mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran manusia. Akhirnya kucing kucing ini bukan sahaja dibela sebagai penghapus perosak, tetapi juga sebagai hiburan ananak petani.

Teori ini kontra dengan teori terdahulu yg mengatakan kucing2 yang ada pada hari ini berasal dari pelbagai spesis kucing liar dari seluruh dunia. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan yang proses kacukan antara kucing asli ini dengan kucing kucing liar tempatan adalah berlaku.

Sumber:
http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=11515085
http://news.softpedia.com/news/The-Origin-of-the-Domestic-Cat-Revealed-by-DNA-58638.shtml
http://encarta.msn.com/encyclopedia_761553783/cat.html
http://www.catsinfo.com/history.html

Sejarah Pemeliharaan Arnab

Sejarah pemeliharaan arnab

Kesemua baka arnab yang ada pada hari ini berasal daripada arnab liar Eropah (Oryctolagus cuniculus) yang berasal dari Eropah dan Afrika Utara. Pada tahun 1100 tahun sebelum masihi, pelayar pheonician yang melawat pesisiran pantai Sepanyol menyangka Arnab berasal dari negeri tersebut. Orang orang Rom, yang merupakan manusia pertama yang membela Arnab juga berpendapat demikian.


















  • Dari atas: Arnab peliharaan-boleh didapati dalam pelbagai warna. arnab berbelang Sumatera-spesis yang terancam.
  • Arnab liar Eropah-asal kpd semua baka arnab,



Orang orang Rom menternak arnab untuk dagingnya, di dalam kawasan luas yang dipagari tembok tinggi, bagi menjamin keselamatan arnab. Di dalam tembok ini arnab dibiarkan berkembang biak. Kaedah ini merupakan kaedah yang popular selama beberapa kurun. Di England, sistem yang disebut warren terkenal sehingga pada tahun 1800. di dalam sistem ini, arnab diternak di dalam kawasan yang luas, melebihi 1000 ekar, yang dipagari dengan parit parit, longkang besar, pagar ataupun tembok. Sistem ini dibangunkan untuk tujuan perburuan dan juga peningkatan hasil bulu arnab.

Penjinakan arnab sebagai haiwan kesayangan bermula daripada paderi/rahib di Eropah tengah. Di dalam kawasan kediaman mereka, arnab mula dijinakkan dan baka baka terpilih mula muncul. Pada 600 A.D, Pope Gregory mengumumkan yang arnab bukan lagi semata mata haiwan ternakan, tapi istimewa. Ia boleh dimakan ketika perayaan Lent, di mana sepatutnya mereka berpuasa 40 hari.

Pemeliharaan arnab secara pemilihan baka bermula pada zaman pertengahan. Pada kurun yang ke 16, paderi/rahib bernama Articola daripada Italy telah menghasilkan baka arnab berwarna putih,hitam dan bertompok. Menjelang kurun ke 15, pelbagai baka arnab yang berbilang warna dan saiz telah dihasilkan. Pada pertengahan kurun ke 15, Raja Richard telah membawa masuk 250 ekor Arnab putih dari tanah besar Eropah ke istananya di England, sebagai sukan alternatif bagi pahlawannya, yang sudah bosan dengan haiwan buruan yang sama.




pelbagai baka arnab peliharaan boleh ditemui sekarang, seperti lop ear,
netherland dwarf, dutch dan angora.





Apabila wabak minat terhadap haiwan muncul pada tahun 1800, peminat peminat arnab tidak ketinggalan mengadakan pertunjukan arnab di Eropah Barat dan Amerika Syarikat. Baka baka baru arnab dihasilkan dan baka yang sedia ada dipertingkatkan, tetapi sebagai sebagai haiwan pameran, bukan lagi untuk tujuan daging dan bulunya. Bermula dari zaman Victoria Arnab mula menjadi haiwan kesayangan yang dibela dalam rumah. Semenjak itu, arnab peliharaan terus menjadi popular sebagai haiwan pameran/pertunjukan.

Sumber:
http://www.publicbookshelf.com/nonfiction/pet-names/rabbit
http://en.wikipedia.org/wiki/Domestic_rabbit
http://www.bbc.co.uk/nature/animals/pets/rabbits.shtml

Puyuh: Sejarah Pemeliharaan







  1. dari atas kiri Puyuh IKTA di dalam sangkar ternakan, puyuh baka jepun -ternakan, Puyuh Jepun Liar sedang bertenggek atas dahan , bawah sekali : Puyuh Liar Eropah
Puyuh (coturnix quail) dipercayai mempunyai ikatan dengan manusia sejak era tamadun purba lagi. Artifak Mesir Purba berbentuk mural merakamkan adanya puyuh, dan pentingnya burung ini sebagai sumber makanan bagi rakyat Mesir purba yang bekerja membina Piramid serta monument monument yang lain. Karektor hieroglyphic mesir juga mengandungi satu atau lebih watak yang berkaitan puyuh. Terdapat juga rekod dalam sumber bible serta penulisan Rom yang menceritakan wujudnya sekumpulan besar burung yang digunakan di Mesir ketika era Firaun. Walaubagaimanapun, sumber ini tidak pula menyebut sam ada burung ini pernah ternak oleh manusia.

Puyuh Coturnix Eropah adalah haiwan yang berhijrah pada musim tertentu. Ia akan berhijrah ke selatan menuju Afrika, merentasi Laut Mediterranean. Setelah penerbangan yang jauh dan keletihan, haiwan ini mudah ditangkap atau diperangkap, menjadikannya sumber daging yang mudah bagi penduduk Mesir tanpa perlu diternak.

Puyuh pada asalnya dibela sebagai haiwan kesayangan dan untuk suara nynyiannya. Puyuh Coturnix yang telah dijinakkan mula dibawa masuk ke China, dari Jepun, melalui jambatan Korea pada kurun yang ke-11. pada kurun ke 12, puyuh mula diternak di Jepun. Maharaja Jepun dikatakan telah sembuh dari sejenis penyakit (tubercolusis) setelah memakan daging puyuh, dan ini telah mendorong kepada peningkatan dalam penternakan puyuh, seterusnya penghasilan baka baka puyuh yang sesuai untuk sumber daging dan telurnya di Jepun, pada akhir kurun ke 19. pada tahun 1910, Puyuh dipelihara secara meluas di Jepun untuk mendapatkan daging dan telurnya. Antara tahun 1910-1941, populasi puyuh Jepun meningkat secara mendadak, terutama di Tokyo, Mishima, Nagoya, Gifu dan Toyohashi. Oleh kerana tempoh ini juga merupakan zaman perluasan empayar Maharaja Jepun, Puyuh jepun turut dibawa masuk ke kawasan jajahan, seperti Korea, China, Taiwan dan Hong Kong, dan diternak di sana. Kemudiannya ia turut dibawa ke Asia Tenggara.

Selepas itu barulah industri ternakan puyuh memasuki Amerika, di mana ia mendapat tempat yang sangat bagus di pasaran, sebagai sumber makanan restoran yang lebih lazat dan sihat daripada lain lain burung ternakan. Ia juga menawarkan sumber makanan yang murah dan sihat untuk haiwan peliharaan, bagi pemelihara burung falcon-sejenis helang, dan pemelihara ular bersaiz besar.

Di Malaysia, industri ternakan puyuh bermula dengan baka puyuh jepun. selepas itu, puyuh ternakan baka tempatan berjaya dihasilkan hasil kajian pihak berkaitan pertanian seperti MARDI, yang dikenali sebagai puyuh IKTA. (IKTA-institut kajian ternakan ayam). Kacukan puyuh dengan burung ternakan lain turut menghasilkan baka ternakan baru seperti yamyuh

Sumber:
http://www.croquail.com/history.htm

Friday, January 9, 2009

Membela Puyuh




Semasa masih di bangku menengah rendah, kami diajar pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Bahagian elektifnya adalah pertanian. Antara yang diajar penternakan burung puyuh. Dari situlah mula timbul minat untuk membela puyuh, seterusnya meneruskan minat itu dalam bentuk praktikal.

Walaupun kadang kadang terhenti dek kesibukan, sehingga sekarang minat itu masih diteruskan. Awal cuti semester yg lalu, 9 ekor puyuh dibeli. Oleh kerana jumlah betina 5 ekor, jantan pula 4, ia sebenarnya tak sesuai dgn nisbah 1:3/4 yg biasa diguna pakai. Jadi hari ini 5 ekor puyuh betina dibeli lagi untuk mengseimbangkan jumlah nisbah jantan betina.

Puyuh senang dipelihara, saiznya yang kecil, walaupun sudah tempoh matang menjadikan ruang yang diperlukan lebih kecil dari ayam dan itik. sangkar puyuh juga boleh dibuat sendiri, sama ada menggunakan jaring BRC semata mata, atau gabungan jaring BRC dan sedikit papan/kayu. Kos juga dapat dijimatkan, kerana kebanyakan puyuh yang dijual sudah sedia ditumbuhi bulu pelepah.jadi, tidak memerlukan sumber haba-lampu atau pelita- seperti anak anak ayam dan itik yang selalunya dijual dalam keadaan masih berbulu halus.

Kena gaya pemakanannya, pemeliharaan puyuh walaupun sebagai hobi boleh juga mendatangkan pendapatan sampingan, kerana telurnya boleh dijual, dan mempunyai pasaran yang agak baik juga. Sebagai contoh, jika diberi makanan ayam penelur, atau layer smash, puyuh betina mampu bertelur setiap hari.

Menarik bukan?? Mahu mencuba?

Thursday, January 8, 2009

E-Pets Corner- intRo




Selamat Datang-Welcome- Ahlan Wasahlan

e-pets corner
-ia bukan laman untuk anda mendapatkan haiwan peliharaan maya@cyber pets, tapi laman khas untuk peminat haiwan peliharaan realiti, cuma operasinya di alam maya

apa yg ada di e-pets corner:

- informasi pemeliharaan/penternakan haiwan
-Cerita & pengalaman dalam memelihara haiwan
-dan anda boleh berususan menjual dan membeli haiwan di sini!!

selamat melayari blog ini...

terima kasih-thank you-syukran