Friday, August 21, 2015

Serindit la pulak

antara aktiviti menarik yang dilakukan oleh budak-budak kampung adalah menjebak serindit.

jebak adalah sejenis perangkap yang diperbuat daripada bahan seperti batang pelepah salak, kelayar, buluh atau rotan. jebak terbahagi kepada dua ruang utama, ruang untuk menempatkan denak dan ruang untuk meletakkan umpan sekaligus memerangkap burung.
di kampung aku aktiviti ini masih dijalankan. oleh sebab itulah aku dapat membeli serindit daripada salah seorang budak yang menjebak serindit. harga serindit berbeza mengikut jenis serindit. selalunya serindit yang masih muda dijual dengan harga yang paling rendah, manakala yang berdagu/dada merah dijual dengan harga yang paling tinggi. aku beli yang sederhana (gambar bawah), serindit biasa yang sudah sedikit matang.
serindit pertama yang dibeli daripada budak penjebak serindit
 serindit dikategorikan dalam keluarga burung nuri (parrot).nama inggeris bagi serindit adalah blue crowned hanging parrot. nama blue crowned atau makhkota biru adalah sempena warna biru yang boleh dilihat pada kepala serindit yang sudah betul betul matang. hanging parrot atau nuri bergayut pula diambil sempena tabiat serindit yang suka tidur dalam keadaan tergantung, kepala ke bawah seperti kelawar.
serindit kedua- dagu/dada merah dan bermakhkota biru- diberikan oleh bapa saudara ketika berziarah raya ke rumahnya pada syawal baru-baru ini 
penjagaan serindit tidaklah susah. sangkar boleh didapati dengan mudah di kedai haiwan.bagi yang kreatif boleh juga buat sangkar sendiri. pastikan ruang sangkar tidak sempit supaya serindit boleh terbang di dalamnya. sediakan juga kayu sebagai tempat bertenggek kerana serindit memerlukan habitat yang demikian.
pemakanan serindit juga boleh dikira mudah. dalam habitat asalnya, serindit makan buah buahan, madu dan bunga. selalunya serindit yang dibela diberi makan buah buahan seperti betik, jambu, dan epal. boleh juga diberi makanan burung berbentuk bijian seperti kambu. ada petua yang mengatakan jika mahu serindit yang bersuara sedap, beri ia makan nasi bercampur air gula.
jika diberi buah-buahan, selalunya serindit mendapatkan bekalan air yang cukup daripada air tersebut. dan jika bernasib baik, kita dapat melihat serindit menggunakan tempat air minumannya sebagai tab mandi!

No comments:

Post a Comment