Friday, August 21, 2015

Serindit la pulak

antara aktiviti menarik yang dilakukan oleh budak-budak kampung adalah menjebak serindit.

jebak adalah sejenis perangkap yang diperbuat daripada bahan seperti batang pelepah salak, kelayar, buluh atau rotan. jebak terbahagi kepada dua ruang utama, ruang untuk menempatkan denak dan ruang untuk meletakkan umpan sekaligus memerangkap burung.
di kampung aku aktiviti ini masih dijalankan. oleh sebab itulah aku dapat membeli serindit daripada salah seorang budak yang menjebak serindit. harga serindit berbeza mengikut jenis serindit. selalunya serindit yang masih muda dijual dengan harga yang paling rendah, manakala yang berdagu/dada merah dijual dengan harga yang paling tinggi. aku beli yang sederhana (gambar bawah), serindit biasa yang sudah sedikit matang.
serindit pertama yang dibeli daripada budak penjebak serindit
 serindit dikategorikan dalam keluarga burung nuri (parrot).nama inggeris bagi serindit adalah blue crowned hanging parrot. nama blue crowned atau makhkota biru adalah sempena warna biru yang boleh dilihat pada kepala serindit yang sudah betul betul matang. hanging parrot atau nuri bergayut pula diambil sempena tabiat serindit yang suka tidur dalam keadaan tergantung, kepala ke bawah seperti kelawar.
serindit kedua- dagu/dada merah dan bermakhkota biru- diberikan oleh bapa saudara ketika berziarah raya ke rumahnya pada syawal baru-baru ini 
penjagaan serindit tidaklah susah. sangkar boleh didapati dengan mudah di kedai haiwan.bagi yang kreatif boleh juga buat sangkar sendiri. pastikan ruang sangkar tidak sempit supaya serindit boleh terbang di dalamnya. sediakan juga kayu sebagai tempat bertenggek kerana serindit memerlukan habitat yang demikian.
pemakanan serindit juga boleh dikira mudah. dalam habitat asalnya, serindit makan buah buahan, madu dan bunga. selalunya serindit yang dibela diberi makan buah buahan seperti betik, jambu, dan epal. boleh juga diberi makanan burung berbentuk bijian seperti kambu. ada petua yang mengatakan jika mahu serindit yang bersuara sedap, beri ia makan nasi bercampur air gula.
jika diberi buah-buahan, selalunya serindit mendapatkan bekalan air yang cukup daripada air tersebut. dan jika bernasib baik, kita dapat melihat serindit menggunakan tempat air minumannya sebagai tab mandi!

Rusuk & tungku senget

kadang-kadang kita akan dapat melihat keadaan ekor senget pada seseekor ayam serama. keadaan ini diatasi dengan membuat pembedahan untuk membetulkan kedudukan ekor ayam kembali seperti ayam-ayam yang lain. selalunya ada orang-orang lama dalam serama yang mahir melakukan pembedahan sebegini.

 mungkin masalah ini dilihat oleh sesetengah orang sebagai masalah kecantikan sahaja. sebab itu pembedahan yang dilakukan kadangkala dikritik kerana dilihat sebagai menyeksa haiwan demi kepuasan diri pemilik serama.

walau bagaimana pun, masalah ekor senget sebenarnya bukan sekadar mencacatkan pandangan terhadap kecantikan ayam serama. hakikatnya ia berpotensi untuk berkait dengan struktur fizikal dalaman tubuh ayam serama.

ekor senget mungkin disebabkan rusuk ayam yang senget. rusuk yang senget boleh menyukarkan kehidupan harian ayam, seperti menyukarkan ayam untuk berjalan dengan betul serta menyukarkan proses ayam memanjat betina dalam proses pembiakan. masalah rusuk senget masih boleh diatasi dengan proses pembedahan.

 masalah yang lebih serius, atau boleh kita katakan kritikal adalah masalah tungku senget (seperti di dalam gambar). menurut sebahagian orang lama dalam serama, masalah ini agak sukar diatasi walaupun dengan pembedahan. bahkan ada yang menganjurkan agar disembelih sahaja ayam yang menghadapi masalah ini kerana tidak mahu menyiksa kehidupan hariannya.


kelewatan merawat masalah ekor senget mungkin akan membawa kepada....
kematian ayam serama

Thursday, August 20, 2015

Memei- new kit in the block

kisah bermula di laman kumpulan whatsapp teman teman sepengajian. ada seorang teman bertanyakan siapa berminat mahu pelihara kucing. ada darah parsi (boleh baca domestic long haired). ada beberapa ekor kucing termasuk ibu dan anak-anaknya nak diserahkan kepada yang berminat.

tuan kepada kucing kucing ini mahu berkahwin. jadi dikhuatiri nanti sudah tidak ada masa untuk membelai kucing kucing ini semua...

hari yang dijanjikan, kucing pun sampai ke rumah. pakej dengan sangkar dan pasir toilet kucing sekali. pada mulanya memang aku kurung kucing ini dalam sangkar untuk tujuan dijinakkan. kasihankan sangkar tidak luas, pindahkan ke sangkar yang lebih luas. malam malam dibawa keluar dimasuk ke dalam rumah untuk dijinakkan. ternyata proses penjinakkan tersebut tidak membuahkan sebarang hasil!!

berbeza dengan tompok yang aku ambil di masjid sewaktu masih anak. dua tiga hari di dalam sangkar sudah jinak dan boleh dilepaskan dan diajak bermain.
lalu membesarlah budak ini di dalam sangkarnya. tapi akhirnya aku ambil keputusan untuk menjadikan kucing ni free roamed outdoor cat. atas beberapa sebab:
 1. kucing semakin besar, tidak ada rancangan untuk mengadakan sangkar yang lebih luas
2. kos pasir toilet bowl . penjimatan dengan menggunakan pasir sungai ternyata gagal. ia tidak mahu berak di dalam toilet bowl, sebaliknya melabur di atas lantai sangkar.
3. tiba tiba ia dapat tabiat menyepahkan pasir toilet bowl sampai berselerak ke luar sangkar. 

nama? seperti biasa aku tak berapa minat nak bagi nama dari awal. sebab nanti akhirnya ada nama lain yang dipanggil lekat pada binatang ni. keluarga aku panggil kucing ni memei (asal perkataan comei). sampai sekarang memei ni tak jinak mana. cuma waktu yang paling sesuai untuk kita dapat pegang dan usik ia adalah.....
ya, waktu makan. jika ia lapar, secara aotomatik ia sendiri mengiau ngiau minta makanan daripada kita. waktu beginilah kalau bernasib baik dapat tangkap ia. 

Jalak

Salah satu warna baru yang hadir di reban sungai jahit.
Menurut sebahagian teman teman stg warna begini dipanggil jalak.
Anak reban ini bapak nya induk tersang. Masih belum tarik lagi. Mungkin agak lewat tarik seperti bapaknya dahulu.
Tapi adik beradiknya yang betina agak cepat tarik.

Jalak sedang beraksi dengan induk ara lepar di luar reban

Anak reban v2

Anak reban pertama dulu (ara sg jahit) akhirnya telah dihantar kepada tuan yg baru di kampung ajai. Sesekali aku ada melawat ke sana. Hidupnya lebih baik di sana. Dia boleh jinak di tangan orang lain rupanya. Siap boleh bertenggek atas tangan lagi.
Alhamdulillah ada rezeki dikurniakan anak reban lagi. Dari dua ibu yang berlainan dan umur yang berlainan juga. Satu induk dapat sepasang anak. Satu induk lagi tiga anak. Menariknya, tiga anak ini seekor sahaja menetas dengan ibu sendiri. Lagi dua menetas dengan ibu mesin/ibu tumpang.
Warna anak reban kali ini pun agak menarik. Ada warna baru yang tak ada sebelum ini
Ini anak sepasang dari satu ibu (atas)

Anak tiga beradik- satu jantan dua betina (bawah)

Pittbull pergi tak kembali

Benda yang paling kita sedih dalam bermain dgn benda hidup  ni adalah ajalnya.
Walaupun sepanjang menjadikan pelihara haiwan sbg hobi ni byk dah kematian yg dilalui, ia x pernah jd lali.
Kesedihan tetap ada. Namun oleh sebab ia ketentuan kita mesti redha.

Dua tiga hari sebelum pergi, mmg aku tgk pitbull ada tanda tanda x berapa segar. Tgk punggung ok je xde tanda penyakit. Bagi juga air merah sbg rawatan.

Mlm tu ktk berada di luar, ayah aku call bgtau dia lupa nak bgtau ptg td dia tgk dlm reban almari ada ayam dah mati. Aku pun balik tgk cepat. Mmg ia mati petang sbb siang itu aku tgk hidup lagi.

Pitbull mati tanpa tinggalkan waris. Maka JLo pon menjanda. Tapi tak lama sebab skrg dah kahwinkan dgn bapak muda kuning lepar. Kita tgk la ada rezeki atau tak.

Apa apa pon kita jalan terus projek kita insya Allah