Wednesday, February 25, 2015

Zoo Melaka

aku nak berhenti sekejap cerita ayam serama yang masih panjang lagi sebenarnya. nak bercerita tentang pengalaman ke Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh.

sebenarnya trip ke Zoo Melaka ni trip tak terancang. sebab asalnya berpakat dengan sahabat se"UIA" dulu, Alan untuk menghadiri walimah seorang sahabat lain yang bernama Fauzie @Joe, di Muar Johor.

20/2/2015- pagi pagi aku naik bas ekspres dari Raub ke Bentong. di Bentong Alan yang datang dari rumah ibubapa di Jengka jemput aku di sana. kami pun memulakan permusafiran.

kami memang merancang untuk bermalam di melaka. ayer keroh menjadi pilihan sebab menurut penelitian ringkas saat akhir yg kami buat ada banyak juga tempat menarik di sana. penginapan pun banyak. namun dek kerana cuti Tahun Baru Cina, kebanyakan tempat penginapan penuh. ketika hari semakin dimakan senja, barulah kami dapat tempat penginapan, iaitu Ayer Keroh country Resort.

suasana di bilik penginapan di Ayer Keroh Country Resort
sambil merehatkan badan, dapat idea nak ke Night Safari Zoo Melaka. namun dek kerana keletihan, kami hanya mampu bersafari ke restoran untuk makan malam sahaja. ok juga sebab merasa aku makan asam pedas melaka.

selain kuahnya yg agak pekat dan rasanya yg kick berbanding asam pedas di kampung, set hidangannya juga berbeza. selain ulam dan belacan, nasi putih dihidang bersama telur masin. (maaf gambar tak ada sebab terlalu lapar. hidangan sampai terus makan hehehe)

keesokan harinya, sebelum meneruskan perjalanan ke Muar, kami melepaskan hajat untuk bersafari di Zoo melaka walaupun bukan waktu malam.
tak mengapalah, siang pun siang, janji safari kan.

ramai juga yang beratur untuk masuk ke zoo pagi itu walaupun kami tiba awal pagi juga. tiket Zoo pula harganya tak sama dengan harga pada papan tanda di luar..tak silap aku sekitar RM16...tak termasuk bayaran nak naik keretapi dalam zoo rm5.

sementara menunggu jadual keretapi berjalan, kami sempat berjalan-jalan melihat fauna yang ada. kami memilih keretapi sebab nak pusing zoo dengan cepat. kalau jalan kaki nak habiskan seluruh zoo, mahu tak pergi kenduri kahwin pulak.

kehidupan di zoo baru nak bermula.ada habitat yang haiwan masih kosong kerana masih belum dilepaskan dari kandang. habitat badak sumbu putih ini umpamanya, pada mulanya hanya ada seekor wildebeast/gnu. bila badak-badak dilepaskan, dapatlah kami melihat dua spesis berbeza ni makan dengan aman damai.

 terdapat juga capybara- Rodensia terbesar di dunia yang berasal dari amazon, amerika selatan sana. haiwan ni duduk dalam kumpulan. banyak juga koleksi capybara zoo melaka ni.


ada juga tapir, tenuk atau ditulis pada papan tanda sebagai badak cipan. aku pernah tengok tapir di zoo negara, tetapi rasanya tapir di zoo melaka ni saiznya agak besar berbanding di zoo negara. seperti badak tadi, tapir juga baru dilepaskan untuk bersarapan.

kijang atau barking deer/ muntjac, salah satu penghuni taman kancil
antara tempat yang sempat kami lalui sambil berjalan kaki adalah habitat keluang dan iguana. begitu juga habitan yang disebut sebagai "Taman Kancil" yang menempatkan kijang, kancil, pelanduk dan napuh.

selepas itu, kami terus ke stesen keretapi untuk mengambil tempat dalam keretapi. kami dapat naik trip pertama bersama sama dengan beberapa keluarga yang bercuti dengan anak- anak mereka.

memang kami dapat meronda hampir keseluruhan zoo dengan menaiki keretapi ini. cuma kedudukan tempat duduk dan pergerakan keretapi menghalang kami untuk mendapatkan gambar yang terbaik.

kadang-kadang pemandu akan memberhentikan keretapi untuk memberi peluang kepada kami melihat haiwan dari arah dekat.

apa apa pun syukur kerana dapat juga merakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan di sini.
iguana sedang bersantai
salah satu jenis lembu yang dikenali sebagai Ankole Cattle. terkenal dengan tanduknya yang luar biasa panjang
yang berwarna hitam seladang (malayan gaur). yang berwarna coklat itu bukan lembu korban ya!! itu namanya banteng, dari indonesia. lebih kurang macam seladang, ada stokin di kaki, tapi warna badan berbeza.
Rusa Paya (Swamp Deer)
habitat singa. di waktu waktu begini kebanyakan kucing besar seperti singa dan harimau tidak aktif. sebab itu diadakan night safari untuk melihat haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam
habitat orang hutan. orang hutan juga sedang terlena juga. hanya tangannya yang dapat dilihat.


beruang matahari (malayan sun bear)
hanya terdapat dua habitat buaya di sini. untuk melihat lebih banyak buaya, mungkin pengunjung boleh melawat taman buaya yang hanya terletak bersebelahan dengan zoo melaka

habitat kura-kura
gajah asia

harap harap di masa akan datang dapat berkunjung lagi ke sini untuk melihat haiwan haiwan dengan lebih dekat. mana tahu ada rezeki masuk nigh safari!

No comments:

Post a Comment