Monday, February 9, 2015

Unggas Kembali!!!

aku sendiri tak sangka...selepas lebih kurang dua tahun tak menaip di sini...aku boleh kembali mencoret cerita di sini...posting terakhir bertarikh Disember 2012..

dalam banyak banyak haiwan peliharaan yang dikisahkan di blog ini, sebenarnya masih ada yang masih sihat wal afiat di teratak ayah bonda ini... tompok (atau singkat lagi- pok) walaupun semakin dewasa (mungkin boleh baca tua) masih ada... arnab mixed anggora dan mixed teddy-lion head pun masih ada lagi, semakin besar..


berbalik pada tajuk asal...sebut pasal unggas, bukanlah benda yang asing di rumah ini.. ayam kampung, puyuh dan itik memang pernah bereban di sini...cuma unggas yang kembali ini mengimbas nostalgia memelihara haiwan ketika di bangku sekolah menengah dahulu...

entah mengapa satu hari dalam tahun 2014, dalam kesibukan bertugas di MTRS, tiba tiba terasa nak mencari spesis unggas yang pernah dibela masa aku sekolah menengah dahulu.."Ayam Serama"... pencarian di internet pun bermula...

hasilnya..



ini sebenarnya bukan ayam serama..tetapi ayam kapan...apa yg saya tahu kapan ni dahulu diguna sbgai induk untuk menghasilkan serama...ayam serama yg dah terlebih berat dikategori sbg kapan... namun skrg mungkin takrifan ni dah berubah..

mulanya tengok seorang saudara ni post gambar ayam dan burung dalam fb...terus tanya kalau kalau ada ayam serama.. beliau kata ada ayam kapan..tapi berwarna rintik...bukan milik beliau tapi bos beliau..aku tak kisah sebab memang tengah bersemangat sangat nak pelihara ayam ekzotik...lalu pertemuan untuk ambil ayam pun disusun

asalnya memang niat hendak membeli ayam ini...namun alangkah terkejutnya apabila tuan punya ayam bermurah hati bagi free of charge sahaja...Alhamdulillah..orang memberi kita menerima sahaja lah kan..

ayam betina ni hari tu dah bertelur dan mengeram.. cuma masih belum ada rezeki untuk menimang zuriat lagi..

No comments:

Post a Comment