Thursday, February 26, 2015

Pitbull & JLo

ada beberapa istilah yang selalu disebut dalam menkategorikan atau menilai ayam serama.

1. Berlunjur - ayam serama yang mungkin bezanya dengan ayam lain hanya saiz. ciri utama seperti mendada masih belum kelihatan.

2. Tarik - ayam serama yang mula terserlah keseramaannya iaitu mula mendada.

3. Selam - ayam mendada sehingga paruh rapat ke dada. kalau selam maut ambil gambar dari hadapan macam tak ada kepala. yang selalu dipertandingkan dalam game atau bon ayam selam.

Pitbull & JLO
wah, namanya pun dah serupa artis barat!! ini sebenarnya nama asal yang diberi oleh tuan ayam (semestinya otai lepar) dan saya rasa seronok untuk mengekalkan nama tersebut setelah kedua dua ayam ini berpindah milik ke tangan saya  :)

trip kali ini turun di stesen bas benta, dijemput oleh saya sendiri. menariknya, trip ini sampai ke rumah saya selepas musim banjir. beberapa kali otai lepar tangguhkan penghantaran kerana terputus hubungan dengan dunia luar akibat banjir. 

Alhamdulillah akhirnya pasangan "artis" ini selamat sampai ke reban sungai jahit.

inilah dia empunya nama JLO
ini pula pitbull. seminggu pertama di reban sungai jahit, pitbull pakai topi terlebih dahulu untuk merawat balung yang tak berapa sehat sebab banjir
ini pula beberapa pose menarik pasangan ini



Ara Sungai Jahit

hasil breeding dengan Ara01, D01 telah menghasilkan 6 biji telur. daripada telur telur ini, hanya dua yang menetas. beberapa hari selepas menetas, hanya seekor sahaja yang masih hidup. dan inilah anak reban pertama saya, yang diberi nama Ara Sungai Jahit.

mari kita lihat tranformasi ara sungai jahit

peringkat anak




peringkat kedua- memang tak berapa ada rupa serama kan?
mula nampak rupa- ini gambar ketika pertama kali dalam hidupnya dimandikan

ini pula gambar terkini..kalau ada yang lagi terkini akan dikemaskini insya Allah

Wednesday, February 25, 2015

Trip 3+ 2 = 5


Ini Trip ke 3 dari Felda Lepar. Trip ini berbeza dengan trip-trip sebelum ni yang mendarat terus ke reban saya. Trip ini transit di tersang terlebih dahulu selama beberapa hari kerana saya tidak sempat mengambil mereka dari Fairul di Kuala Lipis.

ada hikmahnya juga. sehari selepas hari raya kurban, saya telah ke tersang untuk menjemput lima ekor ayam ini.( tiga jantan dan dua betina)
dapat saya melawat reban dan melihat koleksi ayam sahabat saya fairul tersang.
D02- salah seekor dari trip ini yang masih hidup dan sekarang sedang mengeram

Ara 02/ Tak Stabil
nama tak stabil diperolehi kerana pada peringkat awal ayam ini mempunyai kaki yang tak berapa nak stabil. bila berkokok kadang kadang sampai nak tumbang. tapi perangai ara ni bagus. kuat kibas, agresif. cuma tak boleh dilepaskan bersama ayam-ayam yang lain kerana kuat berlaga.



SG Kuning
pesanan awal Makley tentang ayam ni, hati-hati sebab tak berapa nak jinak, sebab jarang gosok. ayam ini dikatakan ada darah SG. bulu dia cantik, tersusun rapi walaupun tidak dimandikan. 

kuning ini salah seekor yang pernah terlepas dari reban. harapan untuk balik semula ketika itu agak tipis aku rasa. sebab dia tak berapa jinak. namun akhirnya selepas dua hari menghilang diri, kelibatnya muncul di sekitar rumah. dengan bantuan seorang kawan berjaya ditangkap dan direbankan semula.

walau pun tak berapa jinak, dia antara yang boleh hidup aman damai dengan ayam jantan yang lain.

gambar selepas transformasi.

Lepar 03
juga salah seekor yang pernah terlepas dari reban. namun sebab tidak dapat makan dedak campur jagung dan kambu akhirnya kembali ke rumah semula.

sifatnya tidak agresif. jenis mengalah dan tak mahu cari pasal dengan ayam lain. mungkin sebab ia antara yang paling muda.

ada cerita sedih selepas ia hilang. hanya beberapa hari selepas ia pulang ke rumah semula...ia pulang buat selama lamanya...



Zoo Melaka

aku nak berhenti sekejap cerita ayam serama yang masih panjang lagi sebenarnya. nak bercerita tentang pengalaman ke Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh.

sebenarnya trip ke Zoo Melaka ni trip tak terancang. sebab asalnya berpakat dengan sahabat se"UIA" dulu, Alan untuk menghadiri walimah seorang sahabat lain yang bernama Fauzie @Joe, di Muar Johor.

20/2/2015- pagi pagi aku naik bas ekspres dari Raub ke Bentong. di Bentong Alan yang datang dari rumah ibubapa di Jengka jemput aku di sana. kami pun memulakan permusafiran.

kami memang merancang untuk bermalam di melaka. ayer keroh menjadi pilihan sebab menurut penelitian ringkas saat akhir yg kami buat ada banyak juga tempat menarik di sana. penginapan pun banyak. namun dek kerana cuti Tahun Baru Cina, kebanyakan tempat penginapan penuh. ketika hari semakin dimakan senja, barulah kami dapat tempat penginapan, iaitu Ayer Keroh country Resort.

suasana di bilik penginapan di Ayer Keroh Country Resort
sambil merehatkan badan, dapat idea nak ke Night Safari Zoo Melaka. namun dek kerana keletihan, kami hanya mampu bersafari ke restoran untuk makan malam sahaja. ok juga sebab merasa aku makan asam pedas melaka.

selain kuahnya yg agak pekat dan rasanya yg kick berbanding asam pedas di kampung, set hidangannya juga berbeza. selain ulam dan belacan, nasi putih dihidang bersama telur masin. (maaf gambar tak ada sebab terlalu lapar. hidangan sampai terus makan hehehe)

keesokan harinya, sebelum meneruskan perjalanan ke Muar, kami melepaskan hajat untuk bersafari di Zoo melaka walaupun bukan waktu malam.
tak mengapalah, siang pun siang, janji safari kan.

ramai juga yang beratur untuk masuk ke zoo pagi itu walaupun kami tiba awal pagi juga. tiket Zoo pula harganya tak sama dengan harga pada papan tanda di luar..tak silap aku sekitar RM16...tak termasuk bayaran nak naik keretapi dalam zoo rm5.

sementara menunggu jadual keretapi berjalan, kami sempat berjalan-jalan melihat fauna yang ada. kami memilih keretapi sebab nak pusing zoo dengan cepat. kalau jalan kaki nak habiskan seluruh zoo, mahu tak pergi kenduri kahwin pulak.

kehidupan di zoo baru nak bermula.ada habitat yang haiwan masih kosong kerana masih belum dilepaskan dari kandang. habitat badak sumbu putih ini umpamanya, pada mulanya hanya ada seekor wildebeast/gnu. bila badak-badak dilepaskan, dapatlah kami melihat dua spesis berbeza ni makan dengan aman damai.

 terdapat juga capybara- Rodensia terbesar di dunia yang berasal dari amazon, amerika selatan sana. haiwan ni duduk dalam kumpulan. banyak juga koleksi capybara zoo melaka ni.


ada juga tapir, tenuk atau ditulis pada papan tanda sebagai badak cipan. aku pernah tengok tapir di zoo negara, tetapi rasanya tapir di zoo melaka ni saiznya agak besar berbanding di zoo negara. seperti badak tadi, tapir juga baru dilepaskan untuk bersarapan.

kijang atau barking deer/ muntjac, salah satu penghuni taman kancil
antara tempat yang sempat kami lalui sambil berjalan kaki adalah habitat keluang dan iguana. begitu juga habitan yang disebut sebagai "Taman Kancil" yang menempatkan kijang, kancil, pelanduk dan napuh.

selepas itu, kami terus ke stesen keretapi untuk mengambil tempat dalam keretapi. kami dapat naik trip pertama bersama sama dengan beberapa keluarga yang bercuti dengan anak- anak mereka.

memang kami dapat meronda hampir keseluruhan zoo dengan menaiki keretapi ini. cuma kedudukan tempat duduk dan pergerakan keretapi menghalang kami untuk mendapatkan gambar yang terbaik.

kadang-kadang pemandu akan memberhentikan keretapi untuk memberi peluang kepada kami melihat haiwan dari arah dekat.

apa apa pun syukur kerana dapat juga merakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan di sini.
iguana sedang bersantai
salah satu jenis lembu yang dikenali sebagai Ankole Cattle. terkenal dengan tanduknya yang luar biasa panjang
yang berwarna hitam seladang (malayan gaur). yang berwarna coklat itu bukan lembu korban ya!! itu namanya banteng, dari indonesia. lebih kurang macam seladang, ada stokin di kaki, tapi warna badan berbeza.
Rusa Paya (Swamp Deer)
habitat singa. di waktu waktu begini kebanyakan kucing besar seperti singa dan harimau tidak aktif. sebab itu diadakan night safari untuk melihat haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam
habitat orang hutan. orang hutan juga sedang terlena juga. hanya tangannya yang dapat dilihat.


beruang matahari (malayan sun bear)
hanya terdapat dua habitat buaya di sini. untuk melihat lebih banyak buaya, mungkin pengunjung boleh melawat taman buaya yang hanya terletak bersebelahan dengan zoo melaka

habitat kura-kura
gajah asia

harap harap di masa akan datang dapat berkunjung lagi ke sini untuk melihat haiwan haiwan dengan lebih dekat. mana tahu ada rezeki masuk nigh safari!

Wednesday, February 11, 2015

Ara Induk+ D01


Ara Induk ini juga adalah dari reban Makley, Felda Lepar. saya dapat sepasang, dengan seekor betina yang juga sudah pernah bertelur. maknanya kali ini saya beli ayam induk- maknanya ayam yang sudah dewasa dan sedia dibiakkan.

ayam dewasa juga mengalami transformasi. contohnya dapat kita lihat dalam gambar-gambar di bawah.


ara induk dan pasangannya sudah pun berjaya dibiakkan. daripada lima biji telur yang diperoleh, hanya dua sahaja yang menetas.


ini gambar-gambar pasangan induk ara 01. D01 (Dajjajah 01). dajjajah dalam bahasa arab membawa maksud ayam betina. dalam tin biskut itulah D01 bertelur, mengeram dan menetaskan anak-anaknya.

insya Allah nanti akan ada satu post khusus tentang anak yang lahir dari dua induk ini. 
Tunggu....