Monday, February 15, 2010

Lawatan ke Lia Sari Farm, HuluLepar

Setelah beberapa hari menjaga anak ayam yang kami beli di mutiara farm, saya berbincang lagi dengan shbt saya utk menambahkan anak anak ayam kami. Kali ini lokasinya ialah Ladang Lia Sari yang terletak di Hulu Lepar, masih dalam daerah yg sama dengan kampung kami, Cuma mukimnya berlainan.

Saya mendapat maklumat tentang lia sari dari internet, dan memang saya menyimpan petanya, walaupun petanya seperti tidak banyak membantu sahaja. Berpandukan peta tersebut, kami menunggang motosikal mencari lokasi ladang.

Ladang Lia Sari terletak agak jauh dari jalan besar, walaupun dalam peta ia digambarkan kira kira 1km shj dr jalan utama. Ladang ini menumpukan itik serati (muskovy) sebagai ternakan utama. Ia pernah disiarkan di dalam media utama Negara, seperti akhbar berita harian dan utusan serta rancangan majalah 3 di tv3. kami cukup bertuah kerana ketika kami tiba, tuan ladang, en. Razak berada di ladang.


pintu masuk ke ladang lia sari,hulu lepar di dalam mukim gali

kolam kolam yg digunakan dlm penternakan itik serati
rumah pekerja ladang, di bahagian bawah tempat menyambut tetamu


Ladang ini dikawal oleh beberapa ekor anjing penjaga yang tak silap saya dari jenis rotweiler. Mujurlah semasa kami melawat ladang, anjing anjing ini berkurung. Salakannya sahaja cukup untuk membuatkan kita gerun.




Selain itik serati, ladang ini juga memelihara unggas unggas lain seperti ayam belanda, angsa, ayam mutiara, ayam sutera, merak, ayam laga dan ayam kampung. Setelah berbual seketika di tempat menyambut tetamu, Encik Razak membawa kami ke dalam tempat pemeliharaan ayam, yang menempatkan ayam kampung,laga,mutiara dan belanda yang dilepaskan berkeliaran. Kami dibawa menjenguk reban di bahagian tepi kawasan tadi yang didiami anak anak ayam dan ibu ayam yang mengeram.

keratan akhbar yg menunjukkan kepelbagaian unggas di lia sari farm


Encik Razak tidak kekok berkongsi ilmu dengan kami. Antaranya tentang genetic anak ayam, yang majoritinya akan mengikut bapa ayam. Oleh itu dalam pemilihan induk, pemilihan bapa ayam adalah paling penting berbanding ibu ayam. Beliau juga menceritakan kepada kami, mengikut kajian tidak ada beza antara ayam berkaki hitam,putih dan kuning, namun begitu masyarakat cina punyai kepercayaan tersendiri tentang warna warna kaki ini.

Di sini, anak anak ayam diletakkan bersama ibu tumpangan. Menurut pemerhatian kami beliau tidak menggunakan lampu sebagai sumber haba, tapi menggunakan ibu ayam. Anak anak ayam hendaklah diletakkan di watu malam, terus ke bawah ibu ayam agar mempunyai bau yg sama. Ataupun anak anak ayam dimasukkan terlebih dahulu bergaul dengan anak2 kandung ibu ayam, kemudian barulah dimasukkan ibu ayam ke dalam sangkar didik.

Encik Razak juga mencadangkan kami agar membeli induk juga, tidak sekadar memelihara anak anak ayam sahaja.

Kami terpaksa beredar dari ladang, tidak lama selepas itu kerana encik razak dan keluarga serta rakan rakan ada urusan dan perlu ke jerantut.

(gambar2 ehsan laman web ladang lia sari)

No comments:

Post a Comment