Friday, January 9, 2009

Membela Puyuh




Semasa masih di bangku menengah rendah, kami diajar pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Bahagian elektifnya adalah pertanian. Antara yang diajar penternakan burung puyuh. Dari situlah mula timbul minat untuk membela puyuh, seterusnya meneruskan minat itu dalam bentuk praktikal.

Walaupun kadang kadang terhenti dek kesibukan, sehingga sekarang minat itu masih diteruskan. Awal cuti semester yg lalu, 9 ekor puyuh dibeli. Oleh kerana jumlah betina 5 ekor, jantan pula 4, ia sebenarnya tak sesuai dgn nisbah 1:3/4 yg biasa diguna pakai. Jadi hari ini 5 ekor puyuh betina dibeli lagi untuk mengseimbangkan jumlah nisbah jantan betina.

Puyuh senang dipelihara, saiznya yang kecil, walaupun sudah tempoh matang menjadikan ruang yang diperlukan lebih kecil dari ayam dan itik. sangkar puyuh juga boleh dibuat sendiri, sama ada menggunakan jaring BRC semata mata, atau gabungan jaring BRC dan sedikit papan/kayu. Kos juga dapat dijimatkan, kerana kebanyakan puyuh yang dijual sudah sedia ditumbuhi bulu pelepah.jadi, tidak memerlukan sumber haba-lampu atau pelita- seperti anak anak ayam dan itik yang selalunya dijual dalam keadaan masih berbulu halus.

Kena gaya pemakanannya, pemeliharaan puyuh walaupun sebagai hobi boleh juga mendatangkan pendapatan sampingan, kerana telurnya boleh dijual, dan mempunyai pasaran yang agak baik juga. Sebagai contoh, jika diberi makanan ayam penelur, atau layer smash, puyuh betina mampu bertelur setiap hari.

Menarik bukan?? Mahu mencuba?

No comments:

Post a Comment