Tuesday, January 13, 2009

Sejarah Pemeliharaan Arnab

Sejarah pemeliharaan arnab

Kesemua baka arnab yang ada pada hari ini berasal daripada arnab liar Eropah (Oryctolagus cuniculus) yang berasal dari Eropah dan Afrika Utara. Pada tahun 1100 tahun sebelum masihi, pelayar pheonician yang melawat pesisiran pantai Sepanyol menyangka Arnab berasal dari negeri tersebut. Orang orang Rom, yang merupakan manusia pertama yang membela Arnab juga berpendapat demikian.


















  • Dari atas: Arnab peliharaan-boleh didapati dalam pelbagai warna. arnab berbelang Sumatera-spesis yang terancam.
  • Arnab liar Eropah-asal kpd semua baka arnab,



Orang orang Rom menternak arnab untuk dagingnya, di dalam kawasan luas yang dipagari tembok tinggi, bagi menjamin keselamatan arnab. Di dalam tembok ini arnab dibiarkan berkembang biak. Kaedah ini merupakan kaedah yang popular selama beberapa kurun. Di England, sistem yang disebut warren terkenal sehingga pada tahun 1800. di dalam sistem ini, arnab diternak di dalam kawasan yang luas, melebihi 1000 ekar, yang dipagari dengan parit parit, longkang besar, pagar ataupun tembok. Sistem ini dibangunkan untuk tujuan perburuan dan juga peningkatan hasil bulu arnab.

Penjinakan arnab sebagai haiwan kesayangan bermula daripada paderi/rahib di Eropah tengah. Di dalam kawasan kediaman mereka, arnab mula dijinakkan dan baka baka terpilih mula muncul. Pada 600 A.D, Pope Gregory mengumumkan yang arnab bukan lagi semata mata haiwan ternakan, tapi istimewa. Ia boleh dimakan ketika perayaan Lent, di mana sepatutnya mereka berpuasa 40 hari.

Pemeliharaan arnab secara pemilihan baka bermula pada zaman pertengahan. Pada kurun yang ke 16, paderi/rahib bernama Articola daripada Italy telah menghasilkan baka arnab berwarna putih,hitam dan bertompok. Menjelang kurun ke 15, pelbagai baka arnab yang berbilang warna dan saiz telah dihasilkan. Pada pertengahan kurun ke 15, Raja Richard telah membawa masuk 250 ekor Arnab putih dari tanah besar Eropah ke istananya di England, sebagai sukan alternatif bagi pahlawannya, yang sudah bosan dengan haiwan buruan yang sama.




pelbagai baka arnab peliharaan boleh ditemui sekarang, seperti lop ear,
netherland dwarf, dutch dan angora.





Apabila wabak minat terhadap haiwan muncul pada tahun 1800, peminat peminat arnab tidak ketinggalan mengadakan pertunjukan arnab di Eropah Barat dan Amerika Syarikat. Baka baka baru arnab dihasilkan dan baka yang sedia ada dipertingkatkan, tetapi sebagai sebagai haiwan pameran, bukan lagi untuk tujuan daging dan bulunya. Bermula dari zaman Victoria Arnab mula menjadi haiwan kesayangan yang dibela dalam rumah. Semenjak itu, arnab peliharaan terus menjadi popular sebagai haiwan pameran/pertunjukan.

Sumber:
http://www.publicbookshelf.com/nonfiction/pet-names/rabbit
http://en.wikipedia.org/wiki/Domestic_rabbit
http://www.bbc.co.uk/nature/animals/pets/rabbits.shtml

No comments:

Post a Comment