Anak arnab baru
baka: local/mixed
warna: Putih (Dominan) & hitam
pembekal: Azri, Bangi.
terima: 22/01/09- 10pm, serdang.
Kucing merupakan antara binatang peliharaan yang paling popular, dan paling biasa dibela. Tapi anda tahu tak asal usul kucing?? Bagaimana kucing boleh tinggal bersama manusia?
Antara teori utama ialah kucing berasal daripada Kucing Hutan Afrika (African/near east Wild Cat Felis silvestris libyca). Corak pada bulu kucing ini amat menyerupai corak kucing tabby,salah satu baka kucing peliharaan yang dipelihara sekarang. Orang yang mula mula menjinakkan kucing ialah orang orang yg hidup di zaman Tamadun Mesir Purba, kira kira 2500 tahun sebelum masihi. Orang orang mesir purba bukan setakat membela kucing, tapi menyembahnya sebagai salah satu dewa mereka. Membunuh kucing merupakan kesalahan besar di kalangan masyarakat mesir purba, ia boleh membawa kepada hukuman mati. Mereka turut memumiakan kucing. Selepas Mesir, masyarakat tamadun tamadun purba lain juga mula menjinakkan kucing kucing hutan, dibawa ke Rom/Italy di mana ia kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. kucing liar afrika
Ada teori yang mengatakan Tentera salib bertanggungjawab membawa masuk kucing kucing ini ke Negara mereka di Eropah, di mana ia kemudiannya dipercayai dikacukkan pula dengan Kucing Hutan Eropah Felis silvestris silvesteris.
Baka baka kucing yang wujud pada hari ini sebenarnya bermula dengan kacukan kucing ini dengan pelbagai kucing liar tempatan tempat ia dibawa masuk. Sebagai contoh, baka kucing berbulu panjang seperti Parsi berasal dari kacukan dengan kucing Pallas Felis manul.
gambar atas:kucing liar pallas (berbulu panjang-asal kepada baka kucing berbulu panjang sprt parsi)
gambar bawah:Kucing liar eropah (bulu biasa)
pelbagai baka arnab peliharaan boleh ditemui sekarang, seperti lop ear,
netherland dwarf, dutch dan angora.