Wednesday, September 30, 2015

Luqman's Farm, Kuala Dong- 29/9/2015

 sebahagian daripada biri-biri yang diternak luqman. ada juga beberapa ekor kambing boer tetapi tidak sempat ambil gambar.
sepasang ayam belanda yang jinak


ayam mutiara/ ayam api-api (guenia fowl) pun ada


Lawatan ke Reban Cikgu Tuan Md Azuar, Felda Tersang - 27/9/2015

induk muda serama cikgu tuan.
cikgu tuan (baju kelabu) bersama abang sapian bakar (baju merah)
lagi induk serama cikgu tuan. kebanyakannya baka SG
sempat singgah di SK Tersang di mana sebahagian daripada unggas unggas peliharaan cikgu tuan ditempatkan, atas nama Mini Zoo di sekolah tempat beliau mengajar. ini salah satu daripada pelbagai jenis merpati yang beliau pelihara.

turut menghuni zoo mini SK Tersang sepasang Merak Hijau/Merak India (green/ indian peafowl) yang ditempatkan bersama sama sepasang ayam hutan merah.(red jungle fowl)

Ayam Modern Game

 semasa melawat reban cikgu tuan md azuar di tersang, aku jumpa ayam baka yang aku tidak pernah jumpa sebelum ini. kata cikgu, nama baka ini modern game.

sekali pandang ada rupa macam ayam sabung/laga. tetapi saiznya agak kecil. kaki panjang macam ayam sabung. tapi kerana saiz yang kecil, nampak macam kaki burung wak-wak atau sintar pun ada.

balik rumah aku pun buat research sikit pasal baka ini. rupa rupanya modern game ini memang ada kaitan dengan ayam sabung/laga. cuma bolehlah kita katakan versi upgrade.

selepas pertandingan sabung ayam diharamkan di England, diorang telah buat kacukan ayam sabung england dengan baka nusantara. hasilnya dipanggil modern game.

modern game ni dibiak lebih kepada pameran/pertandingan kecantikan, tidak lagi untuk sabung atau laga. agaknya inilah yang sebahagian kawan kawan STG sebut sebagai pertandingan ayam ratu.

cuma, versi yang ditemui di rumah cikgu tuan ni agak kecil. rupa rupanya ayam dekat rumah cikgu ni adalah modern game versi katik/bantam/miniature!!

hati aku rasa tertarik pula untuk bela baka modern game versi kecil ni hehehehe...


Friday, August 21, 2015

Serindit la pulak

antara aktiviti menarik yang dilakukan oleh budak-budak kampung adalah menjebak serindit.

jebak adalah sejenis perangkap yang diperbuat daripada bahan seperti batang pelepah salak, kelayar, buluh atau rotan. jebak terbahagi kepada dua ruang utama, ruang untuk menempatkan denak dan ruang untuk meletakkan umpan sekaligus memerangkap burung.
di kampung aku aktiviti ini masih dijalankan. oleh sebab itulah aku dapat membeli serindit daripada salah seorang budak yang menjebak serindit. harga serindit berbeza mengikut jenis serindit. selalunya serindit yang masih muda dijual dengan harga yang paling rendah, manakala yang berdagu/dada merah dijual dengan harga yang paling tinggi. aku beli yang sederhana (gambar bawah), serindit biasa yang sudah sedikit matang.
serindit pertama yang dibeli daripada budak penjebak serindit
 serindit dikategorikan dalam keluarga burung nuri (parrot).nama inggeris bagi serindit adalah blue crowned hanging parrot. nama blue crowned atau makhkota biru adalah sempena warna biru yang boleh dilihat pada kepala serindit yang sudah betul betul matang. hanging parrot atau nuri bergayut pula diambil sempena tabiat serindit yang suka tidur dalam keadaan tergantung, kepala ke bawah seperti kelawar.
serindit kedua- dagu/dada merah dan bermakhkota biru- diberikan oleh bapa saudara ketika berziarah raya ke rumahnya pada syawal baru-baru ini 
penjagaan serindit tidaklah susah. sangkar boleh didapati dengan mudah di kedai haiwan.bagi yang kreatif boleh juga buat sangkar sendiri. pastikan ruang sangkar tidak sempit supaya serindit boleh terbang di dalamnya. sediakan juga kayu sebagai tempat bertenggek kerana serindit memerlukan habitat yang demikian.
pemakanan serindit juga boleh dikira mudah. dalam habitat asalnya, serindit makan buah buahan, madu dan bunga. selalunya serindit yang dibela diberi makan buah buahan seperti betik, jambu, dan epal. boleh juga diberi makanan burung berbentuk bijian seperti kambu. ada petua yang mengatakan jika mahu serindit yang bersuara sedap, beri ia makan nasi bercampur air gula.
jika diberi buah-buahan, selalunya serindit mendapatkan bekalan air yang cukup daripada air tersebut. dan jika bernasib baik, kita dapat melihat serindit menggunakan tempat air minumannya sebagai tab mandi!

Rusuk & tungku senget

kadang-kadang kita akan dapat melihat keadaan ekor senget pada seseekor ayam serama. keadaan ini diatasi dengan membuat pembedahan untuk membetulkan kedudukan ekor ayam kembali seperti ayam-ayam yang lain. selalunya ada orang-orang lama dalam serama yang mahir melakukan pembedahan sebegini.

 mungkin masalah ini dilihat oleh sesetengah orang sebagai masalah kecantikan sahaja. sebab itu pembedahan yang dilakukan kadangkala dikritik kerana dilihat sebagai menyeksa haiwan demi kepuasan diri pemilik serama.

walau bagaimana pun, masalah ekor senget sebenarnya bukan sekadar mencacatkan pandangan terhadap kecantikan ayam serama. hakikatnya ia berpotensi untuk berkait dengan struktur fizikal dalaman tubuh ayam serama.

ekor senget mungkin disebabkan rusuk ayam yang senget. rusuk yang senget boleh menyukarkan kehidupan harian ayam, seperti menyukarkan ayam untuk berjalan dengan betul serta menyukarkan proses ayam memanjat betina dalam proses pembiakan. masalah rusuk senget masih boleh diatasi dengan proses pembedahan.

 masalah yang lebih serius, atau boleh kita katakan kritikal adalah masalah tungku senget (seperti di dalam gambar). menurut sebahagian orang lama dalam serama, masalah ini agak sukar diatasi walaupun dengan pembedahan. bahkan ada yang menganjurkan agar disembelih sahaja ayam yang menghadapi masalah ini kerana tidak mahu menyiksa kehidupan hariannya.


kelewatan merawat masalah ekor senget mungkin akan membawa kepada....
kematian ayam serama

Thursday, August 20, 2015

Memei- new kit in the block

kisah bermula di laman kumpulan whatsapp teman teman sepengajian. ada seorang teman bertanyakan siapa berminat mahu pelihara kucing. ada darah parsi (boleh baca domestic long haired). ada beberapa ekor kucing termasuk ibu dan anak-anaknya nak diserahkan kepada yang berminat.

tuan kepada kucing kucing ini mahu berkahwin. jadi dikhuatiri nanti sudah tidak ada masa untuk membelai kucing kucing ini semua...

hari yang dijanjikan, kucing pun sampai ke rumah. pakej dengan sangkar dan pasir toilet kucing sekali. pada mulanya memang aku kurung kucing ini dalam sangkar untuk tujuan dijinakkan. kasihankan sangkar tidak luas, pindahkan ke sangkar yang lebih luas. malam malam dibawa keluar dimasuk ke dalam rumah untuk dijinakkan. ternyata proses penjinakkan tersebut tidak membuahkan sebarang hasil!!

berbeza dengan tompok yang aku ambil di masjid sewaktu masih anak. dua tiga hari di dalam sangkar sudah jinak dan boleh dilepaskan dan diajak bermain.
lalu membesarlah budak ini di dalam sangkarnya. tapi akhirnya aku ambil keputusan untuk menjadikan kucing ni free roamed outdoor cat. atas beberapa sebab:
 1. kucing semakin besar, tidak ada rancangan untuk mengadakan sangkar yang lebih luas
2. kos pasir toilet bowl . penjimatan dengan menggunakan pasir sungai ternyata gagal. ia tidak mahu berak di dalam toilet bowl, sebaliknya melabur di atas lantai sangkar.
3. tiba tiba ia dapat tabiat menyepahkan pasir toilet bowl sampai berselerak ke luar sangkar. 

nama? seperti biasa aku tak berapa minat nak bagi nama dari awal. sebab nanti akhirnya ada nama lain yang dipanggil lekat pada binatang ni. keluarga aku panggil kucing ni memei (asal perkataan comei). sampai sekarang memei ni tak jinak mana. cuma waktu yang paling sesuai untuk kita dapat pegang dan usik ia adalah.....
ya, waktu makan. jika ia lapar, secara aotomatik ia sendiri mengiau ngiau minta makanan daripada kita. waktu beginilah kalau bernasib baik dapat tangkap ia. 

Jalak

Salah satu warna baru yang hadir di reban sungai jahit.
Menurut sebahagian teman teman stg warna begini dipanggil jalak.
Anak reban ini bapak nya induk tersang. Masih belum tarik lagi. Mungkin agak lewat tarik seperti bapaknya dahulu.
Tapi adik beradiknya yang betina agak cepat tarik.

Jalak sedang beraksi dengan induk ara lepar di luar reban