Sunday, April 19, 2009

Burung oh burung!!

antara kelebihan duduk di kampung, kita dapat melihat secara live dan dekat, beberapa jenis hidupan liar. beburung seperti punai, tekukur, merbuk, enggang, dapat dilihat bebas berterbangan. di depan rumah saya, longkang besar yang dikelilingi tumbuhan yang tidak diterangkan sudahpun menjadi habitat burung wak wak (white breasted waterhen).



satu perkara yg saya kasihan, beburung ni kdg2 terkeliru dgn slide door rumah kami, mungkin kerana ia jenis cermin, burung menganggap tiada halangan..atau ada burung lain yg patut atau boleh dikejar..hasilnya, mereka terbang melulu dan boom!! terhantuk pada slide door...


seingat saya burung takur( barbet)dan punai tanah (emerald dove)selalu jadi mangsa slide door...dan sepanjang berlaku perkara ini, hanya seekor burung takur yg eksiden x hilang syawa. yg lain semua jalan...


terbaru, kes yg berlaku beberapa hari lalu yg sempat saya rakamkan gambarnya..












burung punai tanah yang menjadi mangsa terbaru slide door (kanan)

updated on 20-04-09 at 12.59am

1 comment:

  1. masa dia tengah nyawa2 ikan tu sembelih bro. sedap buat gulai tu

    ReplyDelete