Tuesday, January 13, 2009

Puyuh: Sejarah Pemeliharaan







  1. dari atas kiri Puyuh IKTA di dalam sangkar ternakan, puyuh baka jepun -ternakan, Puyuh Jepun Liar sedang bertenggek atas dahan , bawah sekali : Puyuh Liar Eropah
Puyuh (coturnix quail) dipercayai mempunyai ikatan dengan manusia sejak era tamadun purba lagi. Artifak Mesir Purba berbentuk mural merakamkan adanya puyuh, dan pentingnya burung ini sebagai sumber makanan bagi rakyat Mesir purba yang bekerja membina Piramid serta monument monument yang lain. Karektor hieroglyphic mesir juga mengandungi satu atau lebih watak yang berkaitan puyuh. Terdapat juga rekod dalam sumber bible serta penulisan Rom yang menceritakan wujudnya sekumpulan besar burung yang digunakan di Mesir ketika era Firaun. Walaubagaimanapun, sumber ini tidak pula menyebut sam ada burung ini pernah ternak oleh manusia.

Puyuh Coturnix Eropah adalah haiwan yang berhijrah pada musim tertentu. Ia akan berhijrah ke selatan menuju Afrika, merentasi Laut Mediterranean. Setelah penerbangan yang jauh dan keletihan, haiwan ini mudah ditangkap atau diperangkap, menjadikannya sumber daging yang mudah bagi penduduk Mesir tanpa perlu diternak.

Puyuh pada asalnya dibela sebagai haiwan kesayangan dan untuk suara nynyiannya. Puyuh Coturnix yang telah dijinakkan mula dibawa masuk ke China, dari Jepun, melalui jambatan Korea pada kurun yang ke-11. pada kurun ke 12, puyuh mula diternak di Jepun. Maharaja Jepun dikatakan telah sembuh dari sejenis penyakit (tubercolusis) setelah memakan daging puyuh, dan ini telah mendorong kepada peningkatan dalam penternakan puyuh, seterusnya penghasilan baka baka puyuh yang sesuai untuk sumber daging dan telurnya di Jepun, pada akhir kurun ke 19. pada tahun 1910, Puyuh dipelihara secara meluas di Jepun untuk mendapatkan daging dan telurnya. Antara tahun 1910-1941, populasi puyuh Jepun meningkat secara mendadak, terutama di Tokyo, Mishima, Nagoya, Gifu dan Toyohashi. Oleh kerana tempoh ini juga merupakan zaman perluasan empayar Maharaja Jepun, Puyuh jepun turut dibawa masuk ke kawasan jajahan, seperti Korea, China, Taiwan dan Hong Kong, dan diternak di sana. Kemudiannya ia turut dibawa ke Asia Tenggara.

Selepas itu barulah industri ternakan puyuh memasuki Amerika, di mana ia mendapat tempat yang sangat bagus di pasaran, sebagai sumber makanan restoran yang lebih lazat dan sihat daripada lain lain burung ternakan. Ia juga menawarkan sumber makanan yang murah dan sihat untuk haiwan peliharaan, bagi pemelihara burung falcon-sejenis helang, dan pemelihara ular bersaiz besar.

Di Malaysia, industri ternakan puyuh bermula dengan baka puyuh jepun. selepas itu, puyuh ternakan baka tempatan berjaya dihasilkan hasil kajian pihak berkaitan pertanian seperti MARDI, yang dikenali sebagai puyuh IKTA. (IKTA-institut kajian ternakan ayam). Kacukan puyuh dengan burung ternakan lain turut menghasilkan baka ternakan baru seperti yamyuh

Sumber:
http://www.croquail.com/history.htm

No comments:

Post a Comment