Tuesday, January 13, 2009

Asal usul Kucing di rumah anda

gambar: kucing baka tabby

Kucing merupakan antara binatang peliharaan yang paling popular, dan paling biasa dibela. Tapi anda tahu tak asal usul kucing?? Bagaimana kucing boleh tinggal bersama manusia?

Antara teori utama ialah kucing berasal daripada Kucing Hutan Afrika (African/near east Wild Cat Felis silvestris libyca). Corak pada bulu kucing ini amat menyerupai corak kucing tabby,salah satu baka kucing peliharaan yang dipelihara sekarang. Orang yang mula mula menjinakkan kucing ialah orang orang yg hidup di zaman Tamadun Mesir Purba, kira kira 2500 tahun sebelum masihi. Orang orang mesir purba bukan setakat membela kucing, tapi menyembahnya sebagai salah satu dewa mereka. Membunuh kucing merupakan kesalahan besar di kalangan masyarakat mesir purba, ia boleh membawa kepada hukuman mati. Mereka turut memumiakan kucing. Selepas Mesir, masyarakat tamadun tamadun purba lain juga mula menjinakkan kucing kucing hutan, dibawa ke Rom/Italy di mana ia kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.


kucing liar afrika












Ada teori yang mengatakan Tentera salib bertanggungjawab membawa masuk kucing kucing ini ke Negara mereka di Eropah, di mana ia kemudiannya dipercayai dikacukkan pula dengan Kucing Hutan Eropah Felis silvestris silvesteris.

Baka baka kucing yang wujud pada hari ini sebenarnya bermula dengan kacukan kucing ini dengan pelbagai kucing liar tempatan tempat ia dibawa masuk. Sebagai contoh, baka kucing berbulu panjang seperti Parsi berasal dari kacukan dengan kucing Pallas Felis manul.



gambar atas:kucing liar pallas (berbulu panjang-asal kepada baka kucing berbulu panjang sprt parsi)


gambar bawah:Kucing liar eropah (bulu biasa)



Pada tahun 2007, saintis telah menemui satu teori baru, setelah membuat ujian DNA terhadap pelbagai jenis kucing peliharaan dan liar. Teori ini mengatakan semua kucing peliharaan berasal dari satu spesis sahaja, iaitu Felis silvestris libyca. Subspesis kepada spesis ini, yang sehingga kini masih hidup liar di timur tengah, dipercayai mula mendekati manusia 10’000 -12000 tahun dahulu, bermula di kampung kampung pertanian di kawasan yang disebut Fertile Crescant- (Mesir-Syam-Mesopotamia -Syria-Cyprus). Apabila kawasan ini mengamalkan pertanian secara komersial, gudang gudang tempat menyimpan hasilnya mula dibina. Ini menarik kedatangan rodensia seperti tikus, yang kemudiannya menarik perhatian kucing liar yang datang untuk memburunya. Lama kelamaan sebahagian dari kucing kucing liar ini menghilangkan tabiat agresif mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran manusia. Akhirnya kucing kucing ini bukan sahaja dibela sebagai penghapus perosak, tetapi juga sebagai hiburan ananak petani.

Teori ini kontra dengan teori terdahulu yg mengatakan kucing2 yang ada pada hari ini berasal dari pelbagai spesis kucing liar dari seluruh dunia. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan yang proses kacukan antara kucing asli ini dengan kucing kucing liar tempatan adalah berlaku.

Sumber:
http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=11515085
http://news.softpedia.com/news/The-Origin-of-the-Domestic-Cat-Revealed-by-DNA-58638.shtml
http://encarta.msn.com/encyclopedia_761553783/cat.html
http://www.catsinfo.com/history.html

1 comment:

  1. macam kucing saye.... hehehehehehe.... comeyyyy!

    ReplyDelete