Sunday, July 1, 2012

Masalah kurap

sebelum menerima kehadiran arnab2 baru yg sudah dipesan, saya memeriksa keadaan arnab2 yang sedia ada. mula-mulanya tangkap gambar mereka untuk diupload untuk kemaskini terkini blog dan fb...ramai rakan2 fb yg tegur..arnab ini dijangkiti kurap/scabies..

lihat gambar-gambar ini..habis bulu bulu dekat telinga gugur sebab dijangkiti kurap..

yang ini pula bukan setakat telinga, sampai dekat kuku pun ada




saya pernah menghadapi masalah ini dahulu. rawatannya saya dapatkan di klinik pejabat vaterinar. mereka akan bagi suntikan. kali ini saya membuat carian terlebih dahulu. rupa rupanya selain ubat suntikan, ada ubat yg boleh diberikan melalui mulut, menggunakan picagari.

akhirnya saya telah mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal arnab yang saya pesan, iaitu encik saiful. ubat tersebut berwarna biru, dan perlu diberikan dalam kuantiti yg sedikit sahaja, iaitu kira-kira 0.1ml sahaja.

mungkin kerana terlalu bersemangat untuk mengubati arnab2 saya, saya lupa bertanya tantang masa ubat perlu diberi. hasilnya, saya telah memberi "overdose". mujur ada penawarnya, iaitu memberikan arnab2 itu makan sabut kelapa.

alhamdulillah ubat tersebut berkesan. arnab-arnab telah sembuh dari penyakit. di bawah ini gambar setelah kurap tiada lagi :) Alhamdulillah
arnab coklat saya ini saya rasa semakin bulat dan gemuk pula..ermm...

No comments:

Post a Comment