Sunday, July 1, 2012

Masalah kurap

sebelum menerima kehadiran arnab2 baru yg sudah dipesan, saya memeriksa keadaan arnab2 yang sedia ada. mula-mulanya tangkap gambar mereka untuk diupload untuk kemaskini terkini blog dan fb...ramai rakan2 fb yg tegur..arnab ini dijangkiti kurap/scabies..

lihat gambar-gambar ini..habis bulu bulu dekat telinga gugur sebab dijangkiti kurap..

yang ini pula bukan setakat telinga, sampai dekat kuku pun ada




saya pernah menghadapi masalah ini dahulu. rawatannya saya dapatkan di klinik pejabat vaterinar. mereka akan bagi suntikan. kali ini saya membuat carian terlebih dahulu. rupa rupanya selain ubat suntikan, ada ubat yg boleh diberikan melalui mulut, menggunakan picagari.

akhirnya saya telah mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal arnab yang saya pesan, iaitu encik saiful. ubat tersebut berwarna biru, dan perlu diberikan dalam kuantiti yg sedikit sahaja, iaitu kira-kira 0.1ml sahaja.

mungkin kerana terlalu bersemangat untuk mengubati arnab2 saya, saya lupa bertanya tantang masa ubat perlu diberi. hasilnya, saya telah memberi "overdose". mujur ada penawarnya, iaitu memberikan arnab2 itu makan sabut kelapa.

alhamdulillah ubat tersebut berkesan. arnab-arnab telah sembuh dari penyakit. di bawah ini gambar setelah kurap tiada lagi :) Alhamdulillah
arnab coklat saya ini saya rasa semakin bulat dan gemuk pula..ermm...

G2012- mixed anggora dan lion head mixed teddy bear

pada 15June2012 yang lalu-hari jumaat, waktu malam, selepas isyak, arnab yg saya order daripada shbt saya Saiful sampai. beliau ni ada petshop di temerloh/mentakab. tapi beliau berasal dr raub juga. saya kenal beliau sebab saya beli hay drp beliau ketika beliau masih menetap di gali tengah. kebetulan hari tu saiful balik ke gali, saya minta beliau bawakan terus arnab.

1. mixed anggora (betina)
yg ni kecil lagi. beberapa kali ia terlepas dari sangkar, sebab saiznya yg kecil. dua tiga kali saya terpaksa cari sangkar sesuai. akhirnya dengan menggunakan sangkar tempat menyimpan burung merbuk (skrg dah dilepaskan) barulah arnab ni x boleh lepaskan diri

 gambar ni semasa terpaksa dikuarantin di dalam rumah. sebab bimbang terlepas di luar rumah pada malam hari, lalu menjadi mangsa kucing2 yg berkeliaran








 2. lion head mixed teddy bear (jantan)
yang ini dah matang, umurnya sudah melebihi 4 bulan. ini kali pertama saya beli arnab yang betul2 berbulu lebat seperti ini. sangat seronok rasanya. walaupun dah dewasa, ia jinak dan boleh dibelai. cuma masa nak ambil gambar tak berapa nak duduk diam heheh


 memang patut la baka ni diberi nama teddy bear kan..memang comel..subhanallah..maha suci Allah yg menciptakannya..