Tuesday, February 14, 2012

Quack Pack 2012- Muscovy @ serati

beberapa minggu yg lalu seorang lelaki cina datang ke rumah, bertanya tentang ayam kampung.. hasilnya kosonglah reban-reban kami hari itu...keesokannya dia datang lagi, dan ayah saya menjula kesemua itik-itik telurnya pula...kalau tak silap usia itik-itik tersebut dah masuk 3 tahun...dah tak berapa nak bertelur dah..jadi memang patut dijual..

memandangkan reban sudah kosong, jadi ayah saya nak penuhkan semula reban. keesokan harinya, kami berdua ke pekan Benta untuk membeli anak itik..kali ini ayah saya memilih utk membeli itik pedaging pulak..tapi sebenarnya boleh bertelur jugak...itik serati @ muscovy jadi pilihan..

ini gambar setelah beberapa minggu anak-anak itik ditempatkan di reban..
semua berkerumun di pintu reban bila nampak orang..apa lagi nak makan le tu..
masa untuk makan...mereka diberi makan dua kali sehari je..pagi dan petang
sesi makan masih berjalan, tapi sebahagian dah mula cari air...tersedak kot
"ehem..ehem...boss, kasi tukar la ini air...tak selera dah nak minum ni.."
"ermm...ini air untuk minum ke air untuk mandi ni..."
"eh, kau ni biar betol...kalau kau mandi dalam tu, kita semua akan minum air mandian kau tau!!"
"jangan banyak cakap da...minum sudah..."  
"ermmm...tapi macam best je air mandian ni hahaha"
  • sedikit info ringkas tentang itik serati:
Itik Serati atau itik surati atau itik nila; nama saintifiknya Cairina moschata ialah sejenis itik besar yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah serta Amerika Selatan. Itik serati adalah satu-satunya baka ternak yang bukan dibiakkan dari baka Mallard. Realitinya, itik serati bukan merupakan itik sebenar. Dari segi genetik, ia lebih menyerupai angsa berbanding itik. Ciri-ciri ketara pada itik serati termasuk mukanya yang licin dan bonggol merah yang mengelilingi mata dan paruh.

Itik Serati diternak untuk daging dan telurnya. Pembesarannya agak perlahan dan secara umumnya ia mengambil masa selama 10-11 minggu bagi mencapai berat yang sesuai untuk dijual.
Harga pasaran untuk itik yang masih hidup di Semenanjung Malaysia adalah antara RM 3.80 hingga RM 4.20 dan meningkat kepada RM 6.50 pada musim perayaan. Manakala harga itik proses adalah antara RM 6 hingga RM 9 dan meningkat sehingga RM 12 pada musim perayaan.

  • sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Itik_Serati

1 comment:

  1. salam, nak tanya harga anak moscovy ni berapa seekor di benta?

    ReplyDelete