Sunday, May 3, 2009

"new kids" in the blog- ep2

Ketika masih lagi bermalas malas di atas tilam di ruang tamu rumah, ayahanda yg baru pulang dari membeli sarapan menyeru:" Benta..benta…". benta itu adalah sebuah pekan yg terletak antara daerah Raub dan Lipis. Selalunya saya ke benta untuk ke kedai haiwan peliharaan di sana.

Hari minggu seperti biasanya pekan benta sibuk dengan pasar minggu yang orang tempatan di sini panggil pekan sehari. Setelah memenuhi pesanan bonda yg minta belikan barang2 dapur, kami pun menuju ke kedai tersebut.

Semalam memang aku sudah menalifon pemilik kedai.katanya ayam kampung ada 20 ekor, Cuma dalam pukul 6 ptg akan sampai stok baru. Mulanya aku hanya nampak stok lama 20 ekor anak ayam kampung. Ketika duduk mencangkung untuk memilih anak ayam, baru terpandang stok baru di sebalik sana. Aku pun terus memilih dari stok baru. Memang aku perlukan pengalaman ayahanda dlm memilihnya, mana yg aktif, mana yg nampak sehat.hinggalah cukup 15 ekor anak ayam kampung dimasukkan ke dalam kotak.



Selain stok baru ayam kampung, ada juga stok anak ayam Israel. Anak2 itik pun banyak yg baru sampai. Ayahanda yg sejak tadi memang nampak berminat dengan itik, akhirnya membuat keputusan untuk membeli. Tinggal lagi nak pilih itik telur macam yg kami beli tempoh hari, atau itik kemboja, itik serati, atau itik kampung? Akhirnya ayahanda memilih itik telur kampung sebab walaupun kecil, ia tahan lasak dan tidak mudah sakit/lemah (menurut taukeh kedai tu la, yg bertepatan dgn informasi yg aku ada yg aku kutip2 dr pengalaman penternak lain dan internet). Ayahanda beli tujuh ekor, katanya nak cukupkan sepuluh , setelah ditambah tiga ekor yg ada di rumah.



Tidak sampai seminggu pun dari kemasukan tiga itik tempoh hari, minifarm dapat ahli baru lagi. 7 ekor anak itik kampung dan 15 ekor anak ayam kampung. Ayahanda seronok melepaskan anak anak itik tadi. Mandi manda di dalam kolam kecil yg diletak di dalam longkang.bila anak anak itik naik ke tanah, tiba tiba itik jantan yg kami beli tempoh hari mengejar salah seekor anak itik baru!! Aku dah agak dah. Cina dekat kedai tadi cakap boleh campur, x ada masalah. Ikut ilmu dan pengalaman yg aku ada, haiwan burung mcm ayam dan itik, kalau nampak yg lebih kecil saiznya memang nak buli punya!! Aku cukup masak dengan perangai ni sebab aku pernah bela ayam kampung yg peringkat usia berbeza. Bila saiz dah lebih kurang sama baru aku campurkan. Jadi terpaksalah kami rebankan dahulu anak anak itik yg baru tadi..

Anak anak itik yg lama pulak dah kenal tempat makan. X payah aku nak hambat diorang ke tempak makan tu utk suruh makan. Bila aku letak dedak dalam bekas tu, otomatik diorang akan datang. Ketakutan pada manusia pun dah agak ketara kurangnya alhamdulillah…

Puyuh puyuh betina yg 5 ekor-yg bertelur tanpa mengawan tu- aku masukkan ke dalam sangkar yg ada 9 ekor puyuh lain. Oleh kerana saiz dah sama, jadi proses bonding x jadi masalah. Sangkar tadi aku gunakan utk menempatkan anak anak ayam kampung tadi. Berlari lari anak anak ayam dalam sangkar yg lapang , macam kanak kanak ribena je heheh…

Menjelang petang aku mula siapkan pelita untuk anak ayam di waktu malam. Nak dijadikan cerita pelita lama aku dah rosak pulak, sebab lama tak pakai. Aku terus start nak cari kat kedai, tapi hampa je semua x ada stok. Ikhtiar aku tadi letak dalam kotak bawak masuk dalam rumah je malam ni. Mujurlah seorang jiran ada pelita yang tak digunakan, bolehlah aku pinjam utk malam ni…

Setakat itu sahaja update utk kali ini. gambar2 dlm posting kali ni gmbr ambik di internet jer..X sempat nak rakam gambar/video. Nanti2 insya Allah aku cuba tambah ya…

updated on 3.5.09-12.18am

No comments:

Post a Comment