Wednesday, May 27, 2009

Quack Pack!! ep2

seperti yg saya sebutkan semalam, gambar minifarm the 2nd saya...quack pack...bermodalkan segulung jaring rm30, kayu baja dan sekeping zink serta tali rafia...ayahanda yg kreatif membinanya...
menyudahkan kerja kerja pembersihan kawasan baru...itik memanglah hampagas semulajadi[natural vacuum] semua benda dia nak sudu dan sedut...
rehat2 dulu...jap lagi kita sambung bersihkan rumput rampai di rumah baru kita ni


12.58am-28may09

Tuesday, May 26, 2009

Minifarm II- Quack Pack!!

pagi tadi, saya,ayahanda,bonda dan kakanda bergotong royong menyiapkan tempat baru untuk itik2 yg semakin membesar. demi menjaga reputasi bun bun sebagai penghulu arnab, tidak boleh dibiarkan itik2 tinggal bersama arnab dan puyuh selama2nya!! atas inisiatif itulah maka pihak keluarga kami membina minifarm2 khas untuk itik2...

satu kawasan ampaian menjemur pakaian kami "sacrify"kan. luas juga kawasannya. menjelang zohor kerja kerja pembinaan pun selesai. selepas pulang dr solat zohor, saya dan ayahanda menangkap itik2 utk dipindahkan ke "teratak" baru mereka..bukan main seronok lagi dapat rumah baru....

malangnya kamera digital tidak punyai kuasa yg cukup utk merakamkan detik2 bersejarah itu...insya Allah akan kucuba juga meletakkan gambar2 terbaru itu di sini ya...

12.08am-27-5-09

Sunday, May 17, 2009

Quack quack...Chirp chirp...


anak anak itik kampung yang semakin pantas membesar, setelah dipindahkan ke sangkar pembesaran yg lebih luas
anak anak ayam kampung pun dah mula tumbuh bulu kasar...makan pun dah semakin banyak, pantang diletak tangan dalam reban, semua berkerumun!!
yg tiga ekor ni pun semakin besar...walaupun x sampai sebulan di minifarm

12.48am-18may09

Wednesday, May 6, 2009

new kids on the blog ep4- more pictures!!

one sunday morning, the minifarm's citizens suprised by two boxes, with chirping sound from insides...

one of our ducklings-which grew very fast- try to investigate...

our cute donut said: oh now, not another flock of stinky-pooing birds again...are those three ducks' stinks not enough?oh no...

bun bun the minifarm's bunnies king also try to take a look from his royal cage... guess what in those paper boxes..he said

jeng..jeng..jeng...these are my cute chicks..at last i manage to buy these 15 improved kampung chickens chicks...sorry for a not very clean cage heheh







and these...nak buat mcm mana...ayahanda nak tambah koleksi itik lagi..kali ini itik telur kampung pulak...




payah sgt nak amik gambar...last2 ha..aku cekup sekor...
updated on 7/5/09-12.30a.m




new kits on the blog ep3: pictures update!!

ini adalah induk kepada anak anak yg akan ditunjukkan
ini pula ibunya yg telah mengandung, melahirkan dan menyusukan sehingga mereka menjadi seperti arnab

ni dua ekor adik beradik sedang berehat.dapatkah anda bezakan kelainan keduanya.sekor ikut mak sekor ikut bapak






ni first kit yg dijangka menurut gen bapanya..punyai bulu yg sedikit lebat, kepala yg agak bulat, telinga yang x berapa panjang






kit yg ke2 yg juga menurut gen bapak dia...tapi yg ni ada tompok putih kt idung dan ada stoking
updated on 6may09-4.06pm

Sunday, May 3, 2009

"new kids" in the blog- ep2

Ketika masih lagi bermalas malas di atas tilam di ruang tamu rumah, ayahanda yg baru pulang dari membeli sarapan menyeru:" Benta..benta…". benta itu adalah sebuah pekan yg terletak antara daerah Raub dan Lipis. Selalunya saya ke benta untuk ke kedai haiwan peliharaan di sana.

Hari minggu seperti biasanya pekan benta sibuk dengan pasar minggu yang orang tempatan di sini panggil pekan sehari. Setelah memenuhi pesanan bonda yg minta belikan barang2 dapur, kami pun menuju ke kedai tersebut.

Semalam memang aku sudah menalifon pemilik kedai.katanya ayam kampung ada 20 ekor, Cuma dalam pukul 6 ptg akan sampai stok baru. Mulanya aku hanya nampak stok lama 20 ekor anak ayam kampung. Ketika duduk mencangkung untuk memilih anak ayam, baru terpandang stok baru di sebalik sana. Aku pun terus memilih dari stok baru. Memang aku perlukan pengalaman ayahanda dlm memilihnya, mana yg aktif, mana yg nampak sehat.hinggalah cukup 15 ekor anak ayam kampung dimasukkan ke dalam kotak.



Selain stok baru ayam kampung, ada juga stok anak ayam Israel. Anak2 itik pun banyak yg baru sampai. Ayahanda yg sejak tadi memang nampak berminat dengan itik, akhirnya membuat keputusan untuk membeli. Tinggal lagi nak pilih itik telur macam yg kami beli tempoh hari, atau itik kemboja, itik serati, atau itik kampung? Akhirnya ayahanda memilih itik telur kampung sebab walaupun kecil, ia tahan lasak dan tidak mudah sakit/lemah (menurut taukeh kedai tu la, yg bertepatan dgn informasi yg aku ada yg aku kutip2 dr pengalaman penternak lain dan internet). Ayahanda beli tujuh ekor, katanya nak cukupkan sepuluh , setelah ditambah tiga ekor yg ada di rumah.



Tidak sampai seminggu pun dari kemasukan tiga itik tempoh hari, minifarm dapat ahli baru lagi. 7 ekor anak itik kampung dan 15 ekor anak ayam kampung. Ayahanda seronok melepaskan anak anak itik tadi. Mandi manda di dalam kolam kecil yg diletak di dalam longkang.bila anak anak itik naik ke tanah, tiba tiba itik jantan yg kami beli tempoh hari mengejar salah seekor anak itik baru!! Aku dah agak dah. Cina dekat kedai tadi cakap boleh campur, x ada masalah. Ikut ilmu dan pengalaman yg aku ada, haiwan burung mcm ayam dan itik, kalau nampak yg lebih kecil saiznya memang nak buli punya!! Aku cukup masak dengan perangai ni sebab aku pernah bela ayam kampung yg peringkat usia berbeza. Bila saiz dah lebih kurang sama baru aku campurkan. Jadi terpaksalah kami rebankan dahulu anak anak itik yg baru tadi..

Anak anak itik yg lama pulak dah kenal tempat makan. X payah aku nak hambat diorang ke tempak makan tu utk suruh makan. Bila aku letak dedak dalam bekas tu, otomatik diorang akan datang. Ketakutan pada manusia pun dah agak ketara kurangnya alhamdulillah…

Puyuh puyuh betina yg 5 ekor-yg bertelur tanpa mengawan tu- aku masukkan ke dalam sangkar yg ada 9 ekor puyuh lain. Oleh kerana saiz dah sama, jadi proses bonding x jadi masalah. Sangkar tadi aku gunakan utk menempatkan anak anak ayam kampung tadi. Berlari lari anak anak ayam dalam sangkar yg lapang , macam kanak kanak ribena je heheh…

Menjelang petang aku mula siapkan pelita untuk anak ayam di waktu malam. Nak dijadikan cerita pelita lama aku dah rosak pulak, sebab lama tak pakai. Aku terus start nak cari kat kedai, tapi hampa je semua x ada stok. Ikhtiar aku tadi letak dalam kotak bawak masuk dalam rumah je malam ni. Mujurlah seorang jiran ada pelita yang tak digunakan, bolehlah aku pinjam utk malam ni…

Setakat itu sahaja update utk kali ini. gambar2 dlm posting kali ni gmbr ambik di internet jer..X sempat nak rakam gambar/video. Nanti2 insya Allah aku cuba tambah ya…

updated on 3.5.09-12.18am

Friday, May 1, 2009

"new kits" in the "blog"!!

pada 7 April 09 yg lalu, telah lahirlah 3 ekor zuriat terbaru arnab di minifarm epetscorner hasil perkongsian hidup bun bun dengan cekelat.cekelat menunjukkan ciri2 keibuan yg baik bila ketiga2 anaknya montel2 belaka.

2 minggu kemudian...bila mereka mula keluar daripada next box barulah saya berani menangkap gambar mereka...





bergambar bersama ibunya coklat.

dua ni yg paling malas nak keluar dr nest box...asik tido jer

ni pulak gambar2 ketika usia mereka menjangkau tiga minggu






punya la susah nak ambik gambar..kena letak dalam tank la..isk3x..




apa yg membuat saya gembira..dua daripada anak2 ini kelihatan mewarisi gen dwarf bapa mereka bun bun...

12.19am-2 may 2009