Thursday, August 20, 2015

Memei- new kit in the block

kisah bermula di laman kumpulan whatsapp teman teman sepengajian. ada seorang teman bertanyakan siapa berminat mahu pelihara kucing. ada darah parsi (boleh baca domestic long haired). ada beberapa ekor kucing termasuk ibu dan anak-anaknya nak diserahkan kepada yang berminat.

tuan kepada kucing kucing ini mahu berkahwin. jadi dikhuatiri nanti sudah tidak ada masa untuk membelai kucing kucing ini semua...

hari yang dijanjikan, kucing pun sampai ke rumah. pakej dengan sangkar dan pasir toilet kucing sekali. pada mulanya memang aku kurung kucing ini dalam sangkar untuk tujuan dijinakkan. kasihankan sangkar tidak luas, pindahkan ke sangkar yang lebih luas. malam malam dibawa keluar dimasuk ke dalam rumah untuk dijinakkan. ternyata proses penjinakkan tersebut tidak membuahkan sebarang hasil!!

berbeza dengan tompok yang aku ambil di masjid sewaktu masih anak. dua tiga hari di dalam sangkar sudah jinak dan boleh dilepaskan dan diajak bermain.
lalu membesarlah budak ini di dalam sangkarnya. tapi akhirnya aku ambil keputusan untuk menjadikan kucing ni free roamed outdoor cat. atas beberapa sebab:
 1. kucing semakin besar, tidak ada rancangan untuk mengadakan sangkar yang lebih luas
2. kos pasir toilet bowl . penjimatan dengan menggunakan pasir sungai ternyata gagal. ia tidak mahu berak di dalam toilet bowl, sebaliknya melabur di atas lantai sangkar.
3. tiba tiba ia dapat tabiat menyepahkan pasir toilet bowl sampai berselerak ke luar sangkar. 

nama? seperti biasa aku tak berapa minat nak bagi nama dari awal. sebab nanti akhirnya ada nama lain yang dipanggil lekat pada binatang ni. keluarga aku panggil kucing ni memei (asal perkataan comei). sampai sekarang memei ni tak jinak mana. cuma waktu yang paling sesuai untuk kita dapat pegang dan usik ia adalah.....
ya, waktu makan. jika ia lapar, secara aotomatik ia sendiri mengiau ngiau minta makanan daripada kita. waktu beginilah kalau bernasib baik dapat tangkap ia. 

No comments:

Post a Comment