Monday, February 15, 2010

Projek Ayam Kampung Kembali!!


Setelah berbincang dengan sahabat saya, ustaz syafieq beberapa kali, kami bersetuju untuk memulakan projek ayam kampung. Satu projek yg pernah saya buat beberapa kali sebelum ini, Cuma kali ini saya meneruskannya bersama business partner.

Ketika pulang ke kampus untuk urusan proposal thesis, saya sempat melakukan survey harga anak ayam kampung di internet, untuk penternak sekitar selangor. Harganya di antara RM2.30-2.80. namun hajat untuk mendapatkan benih ayam dr selangor tak tercapai dek beberapa masalah, seperti jarak, pengangkutan dan jumlah pesanan minima yg terlalu tinggi. Akhirnya saya cuba membuat carian di internet tentang benih ayam di daerah kediaman saya. hasilnya agak mengejutkan, rupa rupanya terdapat penternak secara komersial di tempat sendiri.

Dalam perjalanan pulang ke kampung, saya sempat menghubungi beberapa nombor pemilik ladang yang saya dapat di internet. Sebahagian daripadanya sudah kehabisan stok, dan ada juga nombor yang langsung tidak menjawab panggilan dan tidak dapat dihubungi.

Ladang Itik Kg.Temau

Sampai di kampung, saya duduk berbincang dengan sahabat saya. tiba tiba sahabat cilik kami Zukry memberikan idea, pergi ke ladang itik di kampung temau, yg terletak tidak berapa jauh dari kampung kami. Mungkin di sana terdapat ayam ayam kampung yang dipelihara secara sampingan.

Sampai di sana, kelihatan beberapa kolam yang sebahagiannya khas untuk itik mandi. Kelihatan sebatang parit yang membekalkan air mengalir ke kolam kolam. Selain itik, memang terdapat kelibat ayam ayam kampung yang berkeliaran, tetapi bukanlah dipelihara untuk tujuan dijual. Tetapi tuan punya ladang menunjukkan kami satu lagi ladang yang berada di hujung kampung, yang dipercayai ada memelihara ayam kampung.

Mutiara Farm

Sebentar kemudian, kami tiba di sebuah kawasan di hujung kampung Temau. Berdasarkan papan tanda yang dilihat, nama ladang ini mutiara farm. Kami dapat lihat terdapat kandang kambing di atas bukit. Di sebelah bawahnya pula kawasan tanah kering berpasir, yg berpagar. Di dalamnya makhluk yang sedang kami cari, ayam kampung. Tapi hanya dewasa, bukan anaknya. Kelihatan juga beberapa ekor kuda. Sambil itu kami mencari rumah tuan ladang.

Kami memasuki kawasan rumah yang agak luas, memberi salam untuk berjumpa tuan ladang. Akhirnya yang menyambut salam kami beberape ekor anjing yang menjaga ladang, yang amat mengejutkan kami!! Kemudian barulah seorang pak cik, pekerja ladang ini tiba menyambut kami.

Beliau membawa kami melawat reban reban berisi unggas yang berisi pelbagai jenis, daripada ayam pelbagai spesis seperti ayam kampung, ayam Israel, ayam kampung kacukan, serama, ayam mutiara, ayam sutera(silky) hinggalah jenis jenis burung yang lain seperti merak, kuang,tekukur dan tiung emas. Terdapat juga beberapa kolam simen di kawasan ini yang mengandungi ikan air tawar seperti tilapia.





Pak cik kemudian membawa kami masuk ke kawasan tepi rumah yang dipagari jaring pukat. Kami disambut burung kakaktua putih yang bukan sahaja pandai mengajuk percakapan, tapi batuk,bersin dan ketawa pun diajuknya! Di situ juga terdapat sangkar berisi kucing dan arnab. Dan ayam betina yang sedang mengeram serta anak anak ayam.

Menurut pak cik penjaga ladang, anak anak ayam sebaik sahaja menetas dipindahkan ke sangkar lain, diasingkan daripada ibunya. Di sana ia akan dibekalkan dengan lampu sebagai sumber haba hingga tumbuh bulu pelepah. Anak anak ayam ini dicampurkan sahaja setempat, tidak mengikut jenis.

Setelah tuan ladang tiba, kami berbincang tentang harga anak ayam. Akhirnya kami berjaya membawa pulang sembilan ekor anak ayam, lima yang masih kecil dan empat yang sudah besar sedikit, sudah ditumbuhi bulu pelepah.

2 comments:

  1. salam..nak tanya kalo2 ade no contact owner ladang2 ni..

    ReplyDelete
  2. Saye menternak n menjual ayam kampung area BANTING/DENGKIL. Call 0133478363

    ReplyDelete