Wednesday, December 21, 2011

Merbuk la pulak!!


kisahnya bermula apabila saya sedang lepak lepak di surau pada satu malam...terdengar bungi seperti sesuatu menghentam dinding surau...saya agakkan burung tukang [nightjar]. saya x mahu ambil peduli sebab dulu pernah sekali berlaku burung tukang langgar dinding...ia garang dan susah nak handle.. tiba tiba motor abg apih berbunyi tanda dia sampai..dari luar dia jerit ada burung...dia kata burung tekukur...sebenarnya burung ni bukan burung tekukur tapi burung merbuk [  Zebra Dove Geopelia striata, also known as Barred Ground Dove]. kami pun tangkap burung itu, sebab ia tidak berapa pandai terbang lagi..dan cedera, jika dibiarkan memang akan jadi mangsa kucing lah..


mula mula sebab x de bekas kami bela di dalam jebak tikus sahaja...berkira kira hendak beli jaring dan minta tolong pak long ajai buatkan sangkar...alhamdulillah akhirnya ada geng yg beri sangkar lama x jadi buat baru..


sekarang burung merbuk semakin sihat...dan dah pandai mengeluarkan bunyi...



Monday, October 10, 2011

Siamese Rabbit- "arnab siam"

assalamualaikum dan salam sejahtera...
lama saya x update tentang haiwan haiwan peliharaan...dalam pada tu mcm2 dah berlaku..arnab arnab banyak yang umurnya x panjang...kucing kesayangan kami sekeluarga si uwap pula hilang tanpa berita...

tapi dlm 3 ekor anak arnab yg saya beli, seekor daripadanya alhamdulillah masih hidup . nak dekat tujuh bulan rasa umurnya. kalau nak biakkan dah boleh jd induk hehehe

arnab ni saya namakan siamese rabbit la..arnab siam..sbb warna bulu mcm kucing siam

saya paparkan di sini gambar2 terkini ya..





Friday, April 15, 2011

Alfafa Hay akhirnya



semalam alhamdulillah dapat bekalan "alfafa hay" dari saiful di pintu padang. Maka berakhirlah diet "pellet only" bagi arnab arnab. Maklumlah sejak diajar makan hay dari kecil, tak berapa nak makan pellet sangat. Kali ini beli sekotak betul, senang tak perlu nak ulang alik beli.

Menjelang senja, hay dibawa ke reban. Bukanlah pula apa apa misteri beri makan arnab senja senja, tapi sebab arnab aktif di waktu malam, bila aktif tentu banyak dia nak makan, dan malam malam kita pun malas nak bersuluh suluh ke reban arnab.

Arnab arnab seakan akan tahu je bekalan dah sampai. Nampak tangan mencebek bungkusan hay, ketar kepala masing masing. Bila beri terus makan la, rumput yang dah berapa hari tak dijamah.

Tapi arnab yang paling junior, yang "solo" dalam sangkarnya, mula mula jamah macam biasa, tapi kemudian macam tak berapa nak makan. Mungkin sebab dah lama tak makan hay jadi tak nak makan pulak. Bila tuangkan pellet dalam mangkuknya, terus dia terkam. Nampaknya kena buat kerje sikit untuk biasakan si kecil ni nak makan hay semula.

Friday, March 18, 2011

an adult Uwap

saya lihat kucing keluarga kami ini semakin dewasa...fizikalnya dan perangainya..kini kalau pulang dari "berkarat"-bahasa kampung saya utk kucing bergaduh- jarang jarang sekali dia membawa kecederaan teruk seperti dulu..."kawasan" rondaannya pun saya lihat makin jauh..ada tempat yg dulu dia x berani pergi kini dengan selamba dipancutnya utk ditanda kawasan...apa apa pun uwap semakin besar dan comel..

ini gambar2 yg sempat ditangkap ketika en.uwap sedang bersantai2 di rumah





Thursday, March 17, 2011

new kit again?!!!

kira kira 2 minggu selepas beli arnab tempoh hari, saya sekali lagi seperti biasa ke pekan rabu. sekali lagi tertarik dengan seekor anak arnab yang warnanya bagi saya menarik sekali.

presenting my latest kit...
masih kecil-bandingan saiz dengan mangkuk tembikar
"eh muatlah saya masuk..."
"apa ada dekat dalam tu? baunya macam sedap je.."


"kecilnya saya dan besarnya saiz tangan "tuan" saya.."
comelkan saya?

new kits on the blog- 2 minggu kemudian

sedar tak sedar masa terlalu cepat berlalu. anak anak arnab yg dibeli di pekan rabu hari tu dah besar...
ini gmbar gambar selepas dua minggu dibeli..sekarang dah lagi besar..








Friday, February 25, 2011

new "kits" on the blog v2011

pagi rabu-23Februari2011- seperti biasa jalan jalan di pekan rabu-pekan sehari mingguan di kampung ini. pemandangan yg biasa-jalan masuk penjual ikan air tawar, daging puyuh...makanan, sayur..dan tiba tiba terpandang satu sangkar kecil buatan sendiri berisi anak anak arnab...terus tak keruan jadinya...nak beli makanan apa pun dah tak reti...dan akhirnya...