Wednesday, February 11, 2009

Puyuh@ pusat ternak mini











Arnab @ pusat ternak mini

arnab arnab yang berusia dua bulan lebih sedang menikmati makan petang
arnab ini usianya dua bulan lebih. pasangan kepada arnab tompok kelabu yang hilang, dipercayai dicuri

ini pula arnab coklat pemberian seorang sahabat saya. ibunya mixed hotot, bapanya arnab baka pedaging. usia dalam 4 bulan lebih


arnab coklat bersama satu satunya arnab jantan saya yang ada sekarang, bun bun. (ibubapanya mixed dwarf)



bun bun beristirehat di atas reban, setelah penat melalui detik detik kebebasannya










Rabbits' play time!!

kita biasa mendengar doktor memberi nasihat, senaman 3 kali seminggu, utk kesihatan yg unggul. tapi di rumah, saya mempraktikkannya pada arnab..hehehe...dlm 3 kali seminggu juga, saya melapangkan masa melepaskan arnab2 saya bersenam,bermain di luar sangkar di waktu petang.saya sempat mengambil gambar mereka, jom sama sama kita tengok.

inilah keadaan padang permainan arnab itu sebelum mereka dilepaskan


kebebasan kadang2 tidak semestinya dinikmati dengan menjadi aktif, yang ini memilih untuk memanfaatkan waktu bebasnya dengan bersantai


dua beradik ini cuba menggali lubang untuk mendapatkan kebebasan yang lebih luas!!

tapi tak berjaya...mengubah niat...kita main kat dalam je la




mereka berdua gemar meragut rumput israel di luar jaring pukat dari dalam..memang arnab gemarkan rumput israel rupanya









pandangan depan kawasan mini penternakan saya.anda dapat lihat yang dewasa turut bersama bergembira bersama anak anak arnab

Puyuh bertelur tanpa proses pengawanan??


baru baru ini, saya mendapat satu perkembangan terbaru berkaitan puyuh puyuh betina yang saya beli pada peringkat kedua.perkembangan yang membuktikan satu teori bhw puyuh boleh bertelur jika diberi makanan tertentu, walaupun x melibatkan satu proses pengawanan pun!!

ia terbukti apabila satu petang seperti biasa saya ke reban menguruskan persediaan untuk malam hari,saya terpandang telur puyuh dalam reban puyuh2 betina peringkat kedua itu...lalu saya pun mengutipnya,memang ia sebiji telur puyuh yg biasa..

maknanya betul teori dalam buku penternakan puyuh penelur-jika hanya mahu telur untuk makan,bukan utk benih puyuh, maka tidak perlu jantan!!

pelik tetapi benar!!

11/2/09